CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib tak lari: Ahmad Maslan yakin bekas PM tak bersalah - "Mudah-mudahan ada cahaya di hujung terowong terhadap pembebasan beliau"

16-4-2026 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2779| Komen: 32

 



Walaupun Najib Razak telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan namun penyokong setianya termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan kekal yakin bekas perdana menteri itu tidak bersalah. Alasan mereka mudah: Najib, tidak seperti individu lain, tidak melarikan diri.

Timbalan menteri kerja raya itu berkata kesediaan bekas perdana menteri berdepan proses perundangan menjadi bukti jelas keyakinan bahawa dia tidak besalah.

Ahmad berkata demikian kepada Umno Online selepas merasmikan mesyuarat agung dwitahunan Kelab Sahabat Najib Razak 87 di ibu pejabat parti itu semalam.

“Kelab Sahabat Najib Razak cukup yakin bahawa beliau tidak bersalah walaupun sedang menjalani hukuman.

"Kalau mereka tak bersalah, kenapa mereka lari," kata Ahmad Maslan merujuk kepada individu yang melarikan diri tanpa menamakan sesiapa.

“Kalau mereka yakin benar, baliklah… bela diri. Yang bersalah ialah yang lari. Najib Razak pula berani turun naik mahkamah saban tahun dan yakin bahawa tidak bersalah.

“Ada beberapa orang yang lari tidak balik-balik dan Najib Razak berhadapan di mahkamah kerana keberaniannya dan keyakinannya bahawa beliau tidak bersalah,” katanya lagi.

Ahmad, yang juga timbalan ketua Umno Johor berkata dia terus berharap dan berdoa agar Najib mendapat keadilan sewajarnya.

“Saya doakan kesejahteraan Najib Razak dan mudah-mudahan ada cahaya di hujung terowong terhadap pembebasan beliau, dengan pelbagai kaedah yang difikirkan, maka kita terus berdoa untuk beliau,” katanya.

Turut hadir majlis Kelab Sahabat Najib Razak 87 itu ialah isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor.

Najib didapati bersalah pada 2020 dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun berhubung kes SRC International. Hukuman itu kemudian dikurangkan kepada enam tahun.

Disember lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan keduanya berkaitan skandal 1MDB.

Najib didakwa menyeleweng hampir RM2.3 bilion daripada dana kekayaan berdaulat negara.

Dia dijatuhi empat hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan salah guna kuasa, serta lima tahun bagi setiap 21 pertuduhan pengubahan wang haram, dengan hukuman berjalan serentak.

Pemimpin Umno sebelum ini sering mempertikaikan pendakwaan terhadap Najib, dengan menyatakan bekas perdana menteri itu tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, berulang kali menegaskan bahawa Umno kekal komited untuk memastikan Najib dibebaskan.


Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 16-4-2026 05:30 PM
Kelab Sahabat Najib Razak?
Aku rasa Mat Maslan ni ada dalam porem Cari.
Yang tidak akan pernah berdamai dengan takdir tu.
Quote Purplehaz 16-4-2026 07:09 PM
mana tau lps ni boleh cemerlang..mcm PM nuar
Quote manopBKK 16-4-2026 08:37 PM
Edited by manopBKK at 16-4-2026 10:09 PM
airfilterkotor replied at 16-4-2026 05:30 PM
Kelab Sahabat Najib Razak?
Aku rasa Mat Maslan ni ada dalam porem Cari.
Yang tidak akan pernah berd ...


Kan..
Kelab Tolong Bayar Hutang Mantan Boss takder pulak, memasing pura2 lena....sembang ayer lior!
Baidewei, aku rasa bukan.. aku rasa dia si Puad terong kecut yg selalu menjoyah kt socmed tu.



Quote namr 16-4-2026 08:57 PM
Edited by namr at 16-4-2026 08:59 PM

Ye lah, nnt dia keluar kau ganti tempat dia kat dalam tu ye maslan
Quote pengecatbintang 16-4-2026 09:10 PM
Edited by pengecatbintang at 16-4-2026 09:11 PM

bila sahaja Bijan diputuskan x dapat tahanan umah

itu red line bagi karier bijan sebagai politikus


kebanyakan ahli Umngok & pensokong Bijan dah putus harap

Bijan hanya tinggal sejarah

x mungkin lagik Bijan akan memimpin Umngok

kes yg berlangsung & menanti banyak dan ada potensi besar sabit dan dihukum penjara

dgn denda ratusan juta n billion bagi kes2 yg dah sabit..

kalo x bayar convert kpd hukuman penjara

mgkn Bijan kuar penjara bila umur dia > 95 tahun

BYE BYE BIJAN
KESIAN PENSOKONG2 YG MASEH IDOLAKAN BIJAN  
Quote pengecatbintang 16-4-2026 09:24 PM
Bijan x lari?????

https://web.facebook.com/SuaraRa ... 4/?_rdc=1&_rdr#

Selepas kerajaan BN tumbang di bawah kekuasaan Najib tiba2 Najib & Rosmah terbang keluar negara ke Indonesia guna pesawat mewah milik Peter Sondakh-PREMI AIR ??

SIAPA Peter Sondakh ??
1) Najib membenarkan sejumlah RM267 juta wang rakyat disalurkan kepada Tan Sri Peter Sondakh utk pembiayaan projek membina hotel mewah St Regis Langkawi.

2) Kontroversi pembelian saham PT Eagle High Plantations (milik Peter Sondakh) oleh Felda pada harga yang 3 kali lebih tinggi dari harga pasaran oleh Felda.

KENAPA NAJIB tak guna mana2 syarikat penerbangan jet peribadi di M'sia??!

KENAPA ada 2 penerbangan guna 'flight' yang sama destinasi yg sama pada 2 hari berturut2..?

SIAPAKAH PENUMPANG di dalam jet tersebut pada 11 Mei itu ??




Quote pengecatbintang 16-4-2026 09:27 PM
Edited by pengecatbintang at 16-4-2026 09:30 PM

PRU 14 - 9 May 2018

Bee End kalah



Quote pengecatbintang 16-4-2026 09:38 PM
Edited by pengecatbintang at 16-4-2026 09:51 PM
pengecatbintang replied at 16-4-2026 09:27 PM
PRU 14 - 9 May 2018

Bee End kalah

Mat Masle ni wat lawak ler pulok

tak lari ko kate..

--

Bijan & Kah Mah nak lari

yg kesian nyer

tak bawak plak ada sorang cai porumer CI pensokong tegar depa

tinggalkan gitu jer

dah jadi macam antu raya x bertuan dlm porum ni

hari2 la ni cai tu meroyan n meratib Bijan Hebat tiap masa kat porum CI

SIAANNNNNN...

nasehat aku

cari lah tuan baru wahai antu raya oiiiii

Hemzeh Ex Bersatu ada, Icham Jalol ade, Met Meslen ade, Eddy Awe pon bole, Rafizi pon ade, Tok Saka pon ade, Brahim Ali pun ado

kabo jer ke kawe

nnt kawe rekemen kan







Quote airfilterkotor 16-4-2026 09:47 PM
manopBKK replied at 16-4-2026 08:37 PM
Kan..
Kelab Tolong Bayar Hutang Mantan Boss takder pulak, memasing pura2 lena....sembang ayer l ...

Sepatutnya ahli kelab tong-tong duit untuk bayau demi Najib. Nama pun kelab sahabat.
Quote manopBKK 16-4-2026 10:05 PM
pengecatbintang replied at 16-4-2026 09:27 PM
PRU 14 - 9 May 2018

Bee End kalah

Ahah.. ko dah masok .
Jangan diseru bruhhh, jap lagi si MBT Biyemdabelew second hand masuk keluarkan theori domino dunia tipu-tipu
Quote pengecatbintang 16-4-2026 10:30 PM
Edited by pengecatbintang at 16-4-2026 10:31 PM
manopBKK replied at 16-4-2026 10:05 PM
Ahah.. ko dah masok .
Jangan diseru bruhhh, jap lagi si MBT Biyemdabelew second hand mas ...

he he he'

antu raya acah2 T20

bila bace ni  

- ketap ketap gigi x nyempat nak attack/ sindir aku kat thread lain

- sesambil puji Najib Hebat

agak2..

ada tak dia pi lawat Bijan kat Penjara Kajang nun..

kalo tak

lawat ler laki Bijan Kak Mah







Quote kotakbaju 16-4-2026 10:40 PM
Kalau join Kelab Sahabat Najib Razak ni dapat apa? Dapat special privilage kat mana2 ke? 1st time dengar kelab sahabat ni, macam kelab Rakan Muda pun ada
Quote manopBKK 16-4-2026 10:59 PM
pengecatbintang replied at 16-4-2026 10:30 PM
he he he'

antu raya acah2 T20





Quote pengecatbintang 16-4-2026 11:38 PM

fuiyoo..

Kak Fidah kata parti bodo

kalo camtu..

ahli2 nya cam ner plaks?

pensokong camner plaks?


Quote cmf_almondpecan 16-4-2026 11:40 PM
Kalau tak lari, itu tanda tak bersalah? Berapa ribu riban banduan yang tak pernah cuba lari duduk dalam penjara. Semuanya tak bersalah ikut sifir ni?
Quote manopBKK 16-4-2026 11:51 PM
pengecatbintang replied at 16-4-2026 11:38 PM
fuiyoo..

Kak Fidah kata parti bodo

Hidup ni mudah saja..
Jadi manusia yg berakal/bermaruah atau pilih untuk terus menjadi seperti lembu yang hanya ada otak..
Quote kemaruk 17-4-2026 08:17 AM
Ada pesta benak ke dalam ni
Quote manopBKK 17-4-2026 07:46 PM
kotakbaju replied at 16-4-2026 10:40 PM
Kalau join Kelab Sahabat Najib Razak ni dapat apa? Dapat special privilage kat mana2 ke? 1st time de ...

Dapat apa? Dapat naama busuk lah... hipokrit..
corruption protector yg takder maruah!!!

Quote kemaruk 17-4-2026 07:57 PM
Rakyat merindui sentuhan keramat najib

Tak masuk akal dengan bajet purata rm260 bilion setahun najib boleh bagi macam2, buat pelbagai projek, harga barang stabil, di saat dunia dibelenggu masalah harga minyak usd100 selama 3 tahun berturut turut

Fakta bukan auta

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.164331 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top