|
Alor Setar: Jurulatih wusyu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, tahun lalu.
Tertuduh, Yang Chin Cheong, 59, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar yang berusia 15 tahun sembilan bulan di sebuah sekolah menengah di sini, pada 1 tengah hari, 5 Disember 2025. Kesalahan itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfatin Mastura Asri, manakala tertuduh diwakili peguam Hanis Nabila Rosli. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai. Kes disebut semula 18 Mei. Sumber : Harian Metro
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.026736 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.