CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Robert Kuok kekal individu terkaya Malaysia, kekayaan cecah RM53.7 bilion. Syed Mokhtar Albukhary ditangga ke-10

16-4-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1512| Komen: 6

 


Singapura: Gabungan kekayaan 50 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus kepada AS$116 bilion (RM458.2 bilion) pada 2026, berbanding AS$90 bilion (RM355.5 bilion) setahun sebelumnya, didorong pertumbuhan ekonomi, pengukuhan ringgit dan pasaran tawaran IPO yang kukuh, menurut Forbes.

Individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 102, kekal di kedudukan teratas apabila kekayaannya meningkat 19 peratus kepada AS$13.6 bilion, diikuti Koon Poh Keong bersama adik-beradiknya dari Press Metal Aluminium Holdings, yang menyaksikan nilai bersih mereka melonjak 80 peratus kepada AS$9.7 bilion.

Sementara itu, adik-beradik Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dari Kumpulan IOI naik tiga anak tangga ke tempat ketiga dengan kekayaan bersih AS$8.5 bilion.

Dalam satu kenyataan, Forbes Asia berkata peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.2 peratus pada 2025, pengukuhan ringgit dan pasaran IPO yang memberangsangkan.

"Seramai 41 individu dalam senarai itu mencatat peningkatan kekayaan tahun ini, termasuk Lee Thiam Wah (6), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Retail Holdings, yang menyaksikan kekayaannya hampir berganda kepada AS$6.7 bilion," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Menurut Forbes Asia, terdapat dua nama baharu dalam senarai tahun ini, iaitu Lee Kar Whatt, pengasas bersama dan pengarah urusan Eco-Shop Marketing, yang membuat penampilan sulung di tangga ke-18 dengan kekayaan bersih AS$1.5 bilion.

Keluarga Tiong, yang berada di kedudukan ke-42 dengan kekayaan AS$655 juta, terdiri daripada waris mendiang Tiong Hiew King, yang mempunyai kepentingan dalam sektor minyak sawit, hartanah dan media.

10 individu terkaya di Malaysia adalah seperti berikut:


1. Robert Kuok; AS$13.6 bilion

2. Koon Poh Keong dan adik-beradik; AS$9.7 bilion

3. Lee Yeow Chor dan Yeow Seng; AS$8.5 bilion

4. Adik-beradik Teh; AS$7.7 bilion

5. Quek Leng Chan; AS$7.5 bilion

6. Lee Thiam Wah; AS$6.7 bilion

7. Keluarga Krishnan; AS$6.5 bilion

8. Jeffrey Cheah; AS$5.3 bilion

9. Francis Yeoh dan adik-beradik; AS$4.1 bilion

10. Syed Mokhtar Albukhary; AS$3.5 bilion

Forbes Asia berkata nilai minimum kekayaan untuk tersenarai meningkat kepada AS$422 juta berbanding AS$335 juta tahun lepas.

"Nilai kekayaan bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar pertukaran setakat penutupan pasaran pada 27 Mac, manakala syarikat persendirian dinilai berdasarkan syarikat setara yang didagangkan secara awam," menurut kenyataan itu.

Sumber – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-4-2026 12:43 PM
kita2 ni klu campur2 pun belum tentu tersenarai antara seribu org terkaya msia


tp tak pe

teruskan usaha, mantapkan ekonomi masing2

chaiyok chaiyokkk



gitu motivate acik2 porem
Quote Kemaruk-Taikk 17-4-2026 08:42 AM
Melayu pun apa kurangnya...kaya2 jugak dah..
Kaya tambah bini
Kaya menunggang
Kaya gadai syurga





Quote Gianna111 17-4-2026 03:22 PM
ada involve cuci cuci punya business? kalau ada kasi wa tak banyak. RM1juta cukup.wa tahu mana nak rolling..PM wa untuk cuci cuci...
Quote TOPwind 18-4-2026 12:21 PM
melayu nak dapat modal kena kerja keras

cina nak dapat model senang je

1 Judi
2 Melacur
3 Menipu
4 Mencuri
5 Gengsterism
6 Singapork tolong
7 China tolong
8 Scam
9 ...
100
Quote midori888 20-4-2026 08:37 AM
kaya2 nie nak pergi mana? akhirnya masuk kubur jugak...hehe...
Quote Kitty_catz 20-4-2026 08:51 AM
heols nehh taknak tambah anak angkat ke cucu angkat ke? meols nak offer diri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.157883 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top