CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya sentiasa doakan anak-anak hingga akhir hayat – ND Lala

16-4-2026 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1021| Komen: 13

 



Kasih sayang penyanyi popular 80-an Datuk ND Lala terhadap anak-anak tidak pernah berkurangan meski kini tinggal berasingan dengan kesemua darah dagingnya itu.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 65, menyifatkan empat zuriatnya sebagai sebahagian daripada dirinya sendiri, sekali gus menolak sebarang tanggapan hubungan mereka renggang selepas perpisahan dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.

“Anak-anak adalah DNA saya. Perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila.

“Mereka lahir daripada kasih sayang saya dan akan kekal menjadi sebahagian daripada diri saya.

“Mana-mana ibu bapa pun akan menyayangi anak tanpa syarat. Saya sentiasa mendoakan mereka tanpa batas hingga akhir hayat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, pelantun lagu Syair Cak Pong itu memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas panjang soal peribadi, khususnya melibatkan hubungan dengan anak-anak.

Katanya, fokus kini lebih terarah kepada kerjaya seni berbanding membuka ruang kepada spekulasi yang boleh mengundang salah faham.

“Saya tidak mahu lagi berkongsi atau memberi kenyataan berkaitan isu tersebut kerana lebih selesa bercakap tentang kerjaya.

“Saya memilih untuk tidak memberi respons supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau orang mahu mentafsir, itu hak masing-masing.

“Segala jawapan sebenarnya sudah saya jelaskan dalam kenyataan terdahulu pada tahun 2023,” ujarnya pada majlis pelancaran buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Tan Sri Dr. Ahmad Nawab di sini, hari ini.

Untuk rekod, ND Lala pernah mendirikan rumah tangga dengan Fauziah Sarman pada 1989 sebelum berpisah pada 2 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu penyanyi Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan General Tuan Zainal Abidin pada 22 November tahun lalu. 

Sumber – Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 16-4-2026 10:59 AM
Anak anak adalah DNA saya. Kawan anak pun dapat juga DNA saya.
Quote ragazza 16-4-2026 11:12 AM
Dgn kawan anak dah ada anak  DNA saya ke
Quote Kancilkering 16-4-2026 02:08 PM
benci tgk muka dh tua gatai
Quote edoraixora 16-4-2026 02:19 PM
“Anak-anak adalah DNA saya. Perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila.
nak tunjuk kuasa seorang ayah kah
jangan marahkan anak kalau lupa kat kau
kau yg khianati diaorg dulu
Quote KamikuP 16-4-2026 02:38 PM
Nak dekat konsert Shila bapak dia pulak interframe... tapi tu la sendiri carik penyakit tanggung laa
Quote Zezo 16-4-2026 03:22 PM
Er... Duit dah kering ke ni, tiber masuk hal DNA plak. Masa sibuk nk kahwin dgn kawan anak, tak fikir langsung pasal DNA punya malu.
Quote mizzmimi 16-4-2026 04:41 PM
telinga dia besar betul ek..
Quote Shayang 16-4-2026 04:49 PM
Muka dia seiras jiran aku
Skrg baru aku tau muka jiran aku tu serupa ngn sapa.
Quote lanacondor 16-4-2026 05:55 PM
Zezo replied at 16-4-2026 03:22 PM
Er... Duit dah kering ke ni, tiber masuk hal DNA plak. Masa sibuk nk kahwin dgn kawan anak, tak fiki ...

Ye kan.. meols Pon rasa dah kering xde duit.. ni berbunyi mtk duit anak2 xbagi.. xmalu betul. Bini baru tu tgjwb pck bg nafkah ye bkn anak2 kene tanggung
Quote jerukkedondong 16-4-2026 06:24 PM
jgn tertipu
misai & janggut tu di inai bg nmpk muda
hr tu jumpa kat NSK putih beruban
aucakk
Quote Purplehaz 16-4-2026 07:15 PM
baru nk berbunyi..yela dh tua harap kan anak2 tlg jaga.
dgn bini baru dh ada anak blum
Quote zuriey 16-4-2026 07:21 PM
Kasih syg apanya..
Dok kerah bekerja dari kecik
Mama zie tu laku ek siap dpt laki berpangkat
Ride motor sana sini
Kalau masih dgn ndlalat ni mereput je al mama zie
Quote prettyuglybabe 20-4-2026 01:42 PM
sama ada dah takde duit atau dah sakit-sakit..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035567 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top