|
Pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina, selepas selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung hari ini.
Majlis yang cukup romantis dan tenang itu menyaksikan Sam Lim menyerahkan mas kahwin serta hantaran sebagai tanda sah ikatan mereka, sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat. Menerusi hantaran rakannya iaitu Nicholas di Tiktok, Sam Lim berkata, hubungannya bukan sekadar taktik pemasaran tetapi ia adalah yang sebenar. Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah. “Kami dah kahwin. Kami bukan ‘marketing’, saya kaya dan sudah popular, tak perlu semua ni,” katanya. Momen indah pasangan ini turut dikongsi melalui hantaran di media sosial, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan hubungan ‘sweet’ pasangan pempengaruh tersebut. Sam Lim tampil segak dan kemas, manakala Parisa kelihatan cukup anggun dan menawan dalam busana pengantin yang ringkas namun tetap menyerlahkan seri wajahnya. Pasangan yang cukup dikenali dengan konten kreatif dan mencuit hati di TikTok dan Instagram ini mula mendapat perhatian ramai kerana keserasian mereka, sebelum akhirnya memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Terdahulu, berita mengenai hubungan mereka sering menjadi bualan pengguna, namun kedua-duanya lebih selesa berkongsi perkembangan secara berperingkat sehinggalah hari bahagia mereka tiba. Meninjau ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan doa serta ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakannya yang turut tumpang gembira. “Tahniah Sam Lim, semoga ikatan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,” kata pengguna Ammar Qayyum. Sumber - KOSMO! ONLINE
|
Perawankota replied at 13-4-2026 03:40 PM
Parisa ni lawo dooh.. tapi tang gigi dia mcm pelik sgt bila bercakap.. Tapi manusia kan, mana Ada 10 ...
poetess replied at 13-4-2026 09:52 AM
Tak kenal juga.
Apa cerita boss James?
akies replied at 12-4-2026 11:07 AM
Tahniah korang berdua.
Tak tunggu lama eh sam terus ajak parisa kawin.
Sgt gentlemen.
Zirara99 replied at 7-5-2026 01:57 AM
Beauty privilege. Cuba hodoh
duit pun banyak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-5-2026 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048381 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.