|
Washington: Empat angkasawan misi Artemis II ke Bulan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sedang membuat persiapan untuk kembali ke Bumi, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) itu pada Rabu.
Menurut NASA, para angkasawan meneruskan beberapa ujian saintifik serta mula menyusun dan menyimpan peralatan sebagai persediaan pulang. Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut mengucapkan tahniah kepada para angkasawan menerusi siaran langsung, sambil berkata rakyat Kanada "amat berbangga dengan anda." Kru berkenaan yang terdiri daripada angkasawan AS Christina Koch, Victor Glover dan Reid Wiseman, serta angkasawan Kanada Jeremy Hansen dijadual melakukan pendaratan di Lautan Pasifik pada Jumaat, manakala keadaan cuaca ketika ini dilapor menggalakkan, menurut NASA. Bagaimanapun, mereka dijangka tidak akan memecahkan rekod kelajuan. Pengurus NASA Rick Henfling berkata Artemis II dijangka mencapai halaju maksimum 10,657 meter sesaat, lebih rendah berbanding 11,094 meter sesaat yang dicatatkan Apollo 10. Kru Artemis II merupakan manusia pertama mengembara berhampiran Bulan dalam tempoh lebih 50 tahun. Misi itu dilancarkan minggu lepas dengan menggunakan roket Space Launch System dari Cape Canaveral, Florida, sebelum mengelilingi Bulan. Sepanjang misi itu, mereka turut mencipta rekod sebagai manusia yang mengembara paling jauh dari Bumi. Sumber : Harian Metro
|
Dwdrum replied at 10-4-2026 01:37 PM
Meanwhile... Iran ROCKET missiles failed untuk destroy israel...
US-Iran negotiation/demand exclude ...



Dwdrum replied at 10-4-2026 11:15 PM
Kita compare rocket USA vs MALAYSIA
USA
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-5-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.033833 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.