|
Sungai Buloh: Polis giat memburu seorang tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam sebelum operasi mengesan bagi menangkap semula banduan terbabit dilancarkan segera. Menurutnya, sejurus laporan diterima, usaha mengesan dipergiatkan termasuk di kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek. "Banduan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam," katanya dalam kenyataan media hari ini. Beliau berkata, lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen. Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan terbabit mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. "Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597. "Mereka juga boleh menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat. Sumber - Harian Metro
|
Purestteam1 replied at 10-4-2026 12:27 PM
maybe dah ada kt kedai perabut

supernaturalee replied at 10-4-2026 03:28 PM
dh sampai nilai 3 ape
mejaputih replied at 10-4-2026 04:40 PM
kat situ dia dah pakai janggut panjang palsu, kopiah...terus org tak cam..

supernaturalee replied at 10-4-2026 04:44 PM
mesra2 layan customer
bg diskaun2 murah lagi
mejaputih replied at 10-4-2026 04:54 PM
customer gembira keluar kedai....ckp kat pasangan "untung kita berurusan dgn paki yang ini ye, dpt ...
dah pakai baju oren tu, takkan pulak ada orang kasi tumpang naik lori ke keta lepas lari tu
review cctv kat jalanraya jugak untuk tracking penjenayah nie.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-5-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.109590 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.