CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kita Nak Kumpul Semangat Berjuang, Cover Sikit Bitter Tu” – Tiz Zaqyah Mohon Netizen Berhenti Kecam Peserta Sumud 2.0

10-4-2026 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1059| Komen: 7

 


Pelakon Tiz Zaqyah tampil menyuarakan pandangan susulan kecaman segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Sumud 2.0, khususnya melibatkan penglibatan wanita.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz menegaskan individu yang terlibat dalam misi berkenaan sedang berada dalam situasi berisiko tinggi demi memberikan bantuan kemanusiaan terhadap negara bergolak sekali gus berpendapat adalah tidak wajar tindakan mereka dipersoalkan.

“Mereka berada di luar sana dalam misi global berisiko tinggi untuk memecahkan kepungan dan di sini anda pot pet pot pet,” luahnya.

Tambahnya, penyertaan golongan wanita dalam misi jihad ini adalah hak masing-masing tanpa perlu dinilai oleh pihak lain.

“Wanita tidak sepatutnya pergi la ini la itu. Pertama sekali, ‘You don’t get to choose what other people want to honor in their lives’. Anda tidak mempunyai apa-apa untuk dibuktikan bukan?,” soalnya.

Dalam hantaran sama, Tiz juga berharap masyarakat lebih memainkan peranan termasuklah memberikan sokongan moral berbanding kata-kata negatif sama ada terhadap peserta misi mahupun ahli keluarga mereka.

“Cuba jadi orang yang baik dan berikan kata-kata semangat, motivasi. Join the spirit. Berhenti memanipulasi pemikiran orang sehingga mereka percaya bahawa perkara itu salah.

“Kita nak kumpul semangat untuk berjuang. Malu laaaa alaahai. Cover sikit bitter tu,” ujarnya.


 


Sekadar info, Tiz merupakan antara selebriti yang lantang memberikan sokongan terhadap masyarakat Palestin menerusi misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).


Sumber - xtra
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedak_Carrie 10-4-2026 09:50 AM
Entah... Tak bersemangat nak berjuang dgn peserta yg hadap glamer...
Kita berjuang dgn yg betul2 concern pasal perjuangan Palestine lah ya...

Yg gila glamer lebih pada cerita kisah acah2 kehebatan sendiri...  All abt me kaedahnya...
Quote HoneyManjer 10-4-2026 12:02 PM
semoga dipermudahkan segala urusan la
Quote chanteksekali 10-4-2026 02:52 PM
Diamlah mengeleset sana sini dgn boipren geli plak aku lah minah ni
Quote cm_vungtau 11-4-2026 08:35 AM
Jadah nak bitter? Whoareyous? Tak habis2 high risk. Kalau high risk hantar askar la. Jadah hantar influenza?
Quote Haibara-san 11-4-2026 10:50 PM
kalau dorg sekadar nak kejar mati syahid.. pergi masjid, mati eksiden pun dah mati syahid.. apa2 hal harap Ahmad Faezal tu balik dgn selamat. kalau ada apa2 yg terjadi kat dia, mmg satu kehilangan yg sgt besar utk Malaysia. iols suka layan content2 dia.
Quote Firenzza 12-4-2026 09:02 AM
Yg sepatutnya ke depan tu piem, diakan ada power blh call org sana sini suma masalah setel sekelip mata tu hari kata dh ckp f2f dlm beast tu la saluran yg betul....ke yg TU pun x btl? ko cari jln. yg yg ssh siap ckp high risk dh knp? Setakat kena komen dh mengelatat apa lg kena bugil dgn isrohell ko nk ckp hapa?
Quote L.U.S.M 12-4-2026 02:47 PM
Firenzza replied at 12-4-2026 09:02 AM
Yg sepatutnya ke depan tu piem, diakan ada power blh call org sana sini suma masalah setel sekelip m ...

Setuju...

Pm banduan leeewat mesti tahu cara ckp dgn isrohell sbb account bank dia berpuluh bukak kat sana...confirm la dia pro isrohell...kenapa gigih hantar org pergi sumud..siap jadi penaung sumud..bkn ko mmg cemolot dgn dorang ke

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040570 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top