CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikmal Amry dah lama minat Amyra Rosli, siap hantar DM sekitar tahun 2014... Dulu panggil kakak

9-4-2026 05:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1071| Komen: 3

 


SELEPAS sekian lama menyimpan hasrat, pelakon Ikmal Amry tidak menyangka dia berpeluang bergandingan dengan aktres Amyra Rosli dalam drama berjudul Khianat Yang Terpilih.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, menyifatkan gandingan mereka sebagai satu pencapaian peribadi yang cukup bermakna sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

 


"Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli. Gigih cari tiket ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) hanya semata-mata nak jumpa depan-depan.

"Pendek cerita, awal-awal jadi pelakon dah bayangkan akan berlakon dengan dia. Tapi, siapalah saya ketika itu," katanya.

Ikmal berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads berserta tangkap layar perbualan dia menghantar mesej kepada Amyra sekitar tahun 2014.


 


Menerusi mesej berkenaan, Ikmal memanggil Amyra dengan gelaran 'kakak' ketika dia mengirim gambar mereka bersama.

Selepas digandingkan bersama, Ikmal secara berseloroh memberitahu Amyra terpaksa menggunakan panggilan 'abang' bagi watak dalam drama lakonan mereka.

"Dan Allah adalah sebaik-baik perancang, sekarang dia pula kena panggil saya abang," ujarnya.

Dalam pada itu, Ikmal menerusi hantaran di laman Instagram miliknya mengakui karakter Fahim yang dijayakannya dalam drama tersebut merupakan watak paling sukar pernah dibawanya setakat ini.

Ujarnya, personaliti Fahim yang menuntut kesabaran tinggi serta sifat pemaaf yang luar biasa benar-benar menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

"Fahim. Kau watak paling susah aku pernah bawa. Paling sabar sebagai seorang manusia. Memaafkan tanpa logik. Setia separuh nyawa. Terima kasih Fahim kerana meminjamkan rasa. Akan kusimpan selamanya," luahnya.

Untuk info, selain Ikmal dan Amyra, drama Khianat Yang Terpilih turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Puteri Aisyah serta Ben Amir.


Sumber - mStar

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 9-4-2026 07:01 PM
Ikmal Amry ni dulu around 2018 macam tu dia talent MIG David Teo, sekarang under siapa? Memang dulu sendu taktau lah kalau dah tukar management
Quote prettyuglybabe 10-4-2026 04:33 PM
apa jadi last?
know know habis je..
Quote goldden 10-4-2026 04:44 PM
tgk sket2 je citer ni. tau2 abes dah

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.252709 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top