CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar puji kejayaan Michelle Yeoh, simbol kerja keras dan kebanggaan Malaysia

9-4-2026 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1622| Komen: 7

 



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh yang disifatkan sebagai simbol kerja keras, disiplin dan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Anwar berkata, Michelle Yeoh adalah seorang pelakon luar biasa yang versatil dan berdisiplin dalam membawakan pelbagai watak, selain berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai pemenang Anugerah Oscar Asia pertama.

“Apakah yang mendorong seorang gadis Malaysia dari sebuah bandar kecil di Pulau Pinang untuk muncul sebagai bintang besar Hollywood? Inilah kisah tentang kerja keras, kecekalan dan keberanian merebut peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar, I LITE U Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Anwar berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan yang menyokong penganjuran acara tersebut dan menegaskan bahawa kejayaan rakyat Malaysia di persada dunia wajar diraikan bersama tanpa mengira latar belakang.

Sementara itu, Michelle Yeoh dalam ucapannya menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.

Katanya, kejayaan tidak hadir dengan mudah, sebaliknya menuntut usaha berterusan serta sokongan keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling.

“Setiap kali saya pulang ke Malaysia dan melihat wajah-wajah anda semua, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan mewakili Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.



Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelbagai kaum, mencerminkan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India serta penduduk Sabah dan Sarawak. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 9-4-2026 05:56 PM
Edited by tumpanglalu74 at 9-4-2026 05:58 PM

Old news la wey..   

She's from Ipoh.  Bukan Penang.  Giler..
Quote cmf_almondpecan 9-4-2026 07:06 PM
Mengamuk orang Ipoh
Quote nisako 10-4-2026 08:38 AM
ehhhhhhhhh
Quote Weller 10-4-2026 02:30 PM
marah geng geng filem tempatan.


huhuhu
Quote Kitty_catz 10-4-2026 02:34 PM
hello.. kami sama kampung yerrr.. ipoh mali tatak sombonn

cemaner tercampak ke pulau pinang?

sapa tulih script pmx ni???
Quote TomyamPuteh 10-4-2026 06:10 PM
Ada org share tik tok dkt  thread .Bang non ambik kesempatan ramas tangan nek Michelle masa tengah Kasi cenderahati.Real punya ramas.Nmpk mcm rakus sangat
Quote axl_bach 10-4-2026 06:19 PM
tumpanglalu74 replied at 9-4-2026 05:56 PM
Old news la wey..   

She's from Ipoh.  Bukan Penang.  Giler..

Dia bukan asal Kebangga ke??....

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.130695 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top