CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar selar pihak dakwa harga minyak hanya naik di negara ini - "Kos meningkat kerana kos insurans melepasi 100 peratus"

9-4-2026 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1466| Komen: 0

 



PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan ulama tertentu yang mendakwa kenaikan harga minyak hanya berlaku di negara ini.

Sambil menyifatkannya sebagai dangkal kerana tidak tepat, kenyataan itu, kata Perdana Menteri, hanya mengelirukan rakyat ketika dunia kini terkesan akibat krisis Asia Barat.

“Ada ulasan dari ulama yang terkenal, ada banyak pegikut, yang berpandangan umpamanya dengan mengatakan ia (kenaikan minyak) tidak betul. (Pandangan) minyak tidak naik di negara lain (hanya) naik di Malaysia sahaja.

“Itu kedangkalan ilmu yang diselubungi oleh pandangan agama dan al-Quran, membuatkan orang percaya tetapi ia tidak membantu, malah mengelirukan,” kataya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan, di sini hari ini.

Sebaliknya beliau menjelaskan, kenaikan harga minyak ekoran peningkatan kos insurans untuk membawanya ke negara ini melepasi 100 peratus.

“Kos minyak lama sebelum perang yang tersangkut di Selat Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, kos meningkat kerana kos insurans melepasi 100 peratus.

“Minyak asas kos meningkat yang diproses di Pengerang,” tambahnya.

Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan kenaikan harga diesel di Semenanjung yang menurutnya tidak dikenakan di Sabah dan Sarawak.

Abdul Hadi turut mendakwa langkah itu tidak mempunyai asas yang kukuh.

Dalam tulisan ‘Minda Presiden Pas’, katanya, alasan mengaitkan kenaikan harga bahan api dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk isu sekatan Iran di Selat Hormuz, tidak sepatutnya dijadikan justifikasi kepada rakyat di Semenanjung.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, Malaysia tidak wajar terkesan secara langsung memandangkan negara mempunyai sumber minyak dan gas sendiri, selain jaringan kerjasama dengan negara Islam lain yang kaya dengan sumber asli.

Kementerian Kewangan semalam mengumumkan harga diesel naik 70 sen, manakala petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 40 sen mulai hari ini.

Harga RON97 ditetapkan pada RM5.35 selitar manakala RON95 RM4.27 seliter.


Sumber  – MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.165907 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top