CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak KM Tolak Tawaran Komposer Indonesia Nak Buat Lagu Raya - “Memang ada komposer dari Bandung menghubungi saya"

9-3-2026 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1215| Komen: 16

 



Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli mendedahkan seorang komposer dari Indonesia mahu menghasilkan lagu raya khas untuknya namun dia menolak tawaran berkenaan.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia tidak menerima tawaran berkenaan kerana karya tersebut tidak menepati citarasanya meskipun sudah didengar beberapa kali.

“Memang ada komposer dari Bandung menghubungi saya untuk buat lagu raya. Tapi bila saya dengar, macam tak sedap sangat di telinga saya, jadi sebab itu saya tak ambil.

“Dia ada juga minta saya dengar sekali lagi, tapi saya dah dengar sampai empat kali dan masih rasa lagu itu tak masuk dalam jiwa,” katanya.

Sementara itu, Kak KM berkata dia sudah mempunyai perancangan sepanjang Ramadan ini namun tidak menolak jika ada lagu yang kena dengan jiwanya.

“Hidup saya bukan nak bertanding siapa lebih laju atau siapa suara lagi sedap.

“Saya pun dah susun jadual sendiri. Dua minggu pertama Ramadan saya nak sahur dan berbuka di rumah sahaja. Lepas dua minggu itu saya akan mula sibuk berniaga.

“Tapi kalau ada lagu yang betul-betul kena dengan jiwa, kenapa tidak? Saya okay sahaja sebab saya pun boleh menyanyi,” selorohnya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 9-3-2026 03:19 PM
tak jadi ye.. Thanks god
Quote riyadhK 9-3-2026 08:08 PM
Tak nyanyi lagi bagus
Quote slyfynx 9-3-2026 11:24 PM

Thank god.
S tu x payah.

Sorry OT

Jijik la influencer2 skrg.
Same jijik mcm zaman kenaikan "Pelawak" satu ketika dulu
Quote cempakaa 10-3-2026 12:08 AM
Wah hebat kak km
Quote Purestteam1 10-3-2026 05:22 AM
slyfynx replied at 9-3-2026 11:24 PM
Thank god.
S tu x payah.


oh..tq..  
Quote hayrin86 10-3-2026 10:19 AM

Betul. Lagipun dia bukannya artis sejak dulu lagi.
Quote chandrahusin 10-3-2026 10:37 AM
KM ni pya reels dh berapa kali aku block ttp la lalu jgk
skrg dh baik kan dgn kakak dia
dh nmpak bersama2 dh 1 family lengkap
Quote hihanghoheng 10-3-2026 10:51 AM
Bagus le begitu ...
Quote seri_mawr 10-3-2026 11:12 AM
semoga takde lagu yang sedap di telinga nyaaa....

Quote sangbara2020 10-3-2026 11:32 AM
tgk muka dia teringat tutt kentut dia..haha
Quote dani-rox 10-3-2026 06:40 PM
dahlah cantek mcm bidadari, bertimbang rasa pulak tuh. terima kasih sebab menolak
Quote hayrin86 11-3-2026 08:54 AM
seri_mawr replied at 10-3-2026 11:12 AM
semoga takde lagu yang sedap di telinga nyaaa....

Amin.. BTW, OST anime yang padu..
Quote hayrin86 11-3-2026 08:55 AM

Betul.. Tak payah masuk ke dunia seni suara pun tak mengapa..
Quote selipar_hijau 11-3-2026 04:18 PM
Laaa baru nak dengar suara emas kak KM
Quote red_velvet 11-3-2026 11:34 PM
Mesti garau suara dia kalau nyanyi. Pakej goyang tetek gelek2 bontot berlemak tu.. Ewww
Quote royaldanish 12-3-2026 08:12 AM
akak takyah menanyik akak
ambik job jadi dancer kat mv je lah akak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.208051 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top