CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ajaran sesat mengaku Rasul, tiduri wanita bukan dongeng’ - Erma Fatima

5-3-2026 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1281| Komen: 13

 



Menjadi sasaran kecaman netizen apabila dua karya terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus dan Walid dikatakan sengaja ‘menelanjangkan’ aib golongan beragama, penerbit dan pengarah Erma Fatima tidak tergamak berbuat demikian atas nama rating.

Erma, 58, atau nama lengkapnya, Fatimah Rahmad Ali, berkata, dia masih waras dan tuduhan melulu tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, realiti yang terjemahkan melalui karya seninya bukan adalah cerminan masyarakat dan sepatutnya dijadikan iktibar kerana, tiada manusia yang sempurna di mata Tuhan.

“Sejak Bidaah tahun lalu, bermacam-macam tohmahan saya dapat — kononnya saya menjatuhkan imej Islam dan orang beragama dedebak-gedebuk apa semua.

“Saya tak peduli apa orang kata, nawaitu saya hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya, apa yang saya buat adalah untuk ingatkan diri dan semua orang bahawasanya, apabila kita nak mengangkat seseorang itu tak kisahlah Gus ke atau Walid, jangan sewenang-wenangnya.

“Misalnya, lelaki berhak untuk tiduri mana-mana wanita, tapi mereka (wanita) juga berhak untuk menolak. Tapi, kalau perempuan ‘memberi’, adakah kita nak salahkan guru itu semata-mata atau bagaimana?

“Kaum lelaki, lemahnya adalah pada kaum perempuan. Perempuan pula lemahnya pada harta atau perihal kebendaan. Di mata penonton pula, mereka hanya lihat benda yang kontroversi tanpa memahami maksud tersirat cuba saya sampaikan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 itu menambah, tujuannya berkarya adalah untuk bereksperimen dan memberi ‘sesuatu’ kepada masyarakat.

“Ada yang kata saya nak jatuhkan agama, gila ke saya ini?

“Daripada saya buat cerita penyondol tak habis-habis, lebih baik saya buat sesuatu yang lebih bermanfaat.

“Saya boleh je buat cerita penyondol sampai bila-bila sebab rating tinggi tapi sekurang-kurangnya, buat cerita macam Gus dan Walid, ada sikit peratus saya sedarkan masyarakat bahawa wujudnya manusia-manusia yang bertopengkan syaitan,” katanya.

Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesan 10 ajaran sesat yang masih aktif bergerak dan sedang dalam perhatian dan pemantauan.

“Sesat sampai yang mengaku Rasul dan meniduri perempuan. Jadi, adakah cerita saya bikin sekadar dongengan sampai orang nak marah sangat?

“Apa yang saya paparkan adalah kisah benar dan sedang berlaku di luar sana. Fikirlah dengan hati yang terbuka,” ungkapnya.

Erma kini hadir dengan dua drama sensasi iaitu Jangan Panggil Aku Gus untuk tayangan aplikasi Karya Reels dan Walid terbitan platform penstriman, Viu Malaysia. 

Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 5-3-2026 03:54 PM
yelah..tp perlu ke asik2 tema ajaran islam songsang dan sesat..plus ngan scene2 yg erotic cenggitu...kalau berani buat la pulak drama pasal bina rumah agama kat tanah scr haram..ade brannn??????????
Quote PULANGKAN 5-3-2026 07:02 PM
niat tak menghalalkan cara

Quote Tinot7 6-3-2026 04:18 AM
Takde plot lain ka..
Quote toet2meoww 6-3-2026 09:55 AM
Ajaran sesat ni bukan orang tak tau ade. Yg org benci tu sebab kau p selit soft porn kat dalam tu.
Quote aciksenah 6-3-2026 03:59 PM
Kitaorang dah tahu lama dah kes macam ni puan yerma oi. Bukan cakap benda tu tak betul. Tapi adengan2 kat dalam tu yang kita kecam, contohnya adengan berkemban dalam sungai tu..perlu ke?
Quote apedehal 6-3-2026 04:10 PM
Ni sebenarnya nak feed sexual fantasies ko je kan..we get it, kalau sibuk nk buat pasal penunggang ape kata ko dokumentari kan kisah ko n org sekeliling je..ni asek la buat citer pasal penunggang giler sex, malukan agama sndiri kat mata non muslim jur
Quote kisahkeaku 6-3-2026 04:15 PM
dah org nampak yg x elok je pasal agama islam. ada cara lain nk didik penonton makcik oit
Quote L.U.S.M 7-3-2026 11:52 AM
Muka dia mmg makin hodoh eh...
Quote caprisonne 7-3-2026 11:53 AM
Mundur drama Melayu ni sbb pengarah mcm ni la.. Sorry aku mmg tak tgk la drama Melayu.. Dulu time 90an 2000 masih best. Now so jumud
Quote lolipopmanish 7-3-2026 12:10 PM
apedehal replied at 6-3-2026 04:10 PM
Ni sebenarnya nak feed sexual fantasies ko je kan..we get it, kalau sibuk nk buat pasal penunggang a ...

Aku pon pikir macam tu
Quote likilu 7-3-2026 12:51 PM
Kalau ada tunjuk lah bukti mcm Einstein file tu

Kalau tak sama ada fantasi online novels  atau pengalaman sendiri je

Tunjuk dulu gambar dan video kejadian
Quote likilu 7-3-2026 12:54 PM
apedehal replied at 6-3-2026 04:10 PM
Ni sebenarnya nak feed sexual fantasies ko je kan..we get it, kalau sibuk nk buat pasal penunggang a ...

Kan, imaginasi jijik tetap jijik pastu ditambah dengan dialog n visual jijik.
Pelakon yg agree nak dengar cakap dia pun sama dapat saham masing masing tak reti cakap no dengan pengarah songsang gini

Niat ko salah kot sebab outcome dia takde pekdah sikit pun

Cuba check sikit kot kot dia ada rapat dgn mana mana cult ke
Quote Lily_Elizabeth_ 8-3-2026 12:44 PM
Kenapa nampak lain sangat ya. Tak macam masa rozana Cinta 87.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.117720 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top