CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Tukar Telekung & Sejadah Baru” – Individu Dedah Amira Othman Sering Sedekah Di Masjid

5-3-2026 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3983| Komen: 50

 



Seorang individu tampil mendedahkan mengenai sisi peribadi pelakon dan penyanyi Amira Othman disifatkan mempunyai peribadi yang baik.

Menerusi hantaran individu itu, yang paling dia ingat di dalam kereta Amira sentiasa ada telekung dan sejadah baru.

Menurutnya, Amira akan tukarkan telekung dan sejadah baru setiap kali ke surau atau ke masjid untuk digunakan orang ramai.

 


“Entahlah, setahu saya Amira Othman ni baik sangat orangnya. Saya masih ingat, dalam kereta dia memang ada telekung dan sejadah baru. 

“Setiap kali dia singgah surau awam atau masjid, dia akan tukarkan dengan yang baru. Amalan itu dia buat sebelum dia terkenal lagi,” katanya.

Terdahulu, Amira dan Fattah tampil bersuara apabila menerima kecaman setiap kali bersiaran langsung.

Amira mempersoalkan mengapa ada yang menonton meskipun tidak sukakan mereka. Fattah berkata siaran langsung tersebut adalah untuk mencari rezeki serta bercakap perkara yang baik-baik.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 5-3-2026 12:40 PM







Quote MatDeghem 5-3-2026 12:45 PM
[youtube]_ERV4IuYgYM?si=iRSN9pl6BsyW9sCj[/youtube]






Quote silampumeja 5-3-2026 02:56 PM
kena kecam pasal apa pulak
Quote lolipopmanish 5-3-2026 03:24 PM
Okey so?
Quote bottombikini 5-3-2026 05:27 PM
lepas tu dia buat apa dgn sejadah & telekung yg dia tukar baru tu
kan ke wakaf org jugak tu
Quote pocongkiutss 5-3-2026 06:12 PM
Cuba tukar yg buat ni pajurah..berduyun2 karats dia puji..hahah
Quote Mekgadis16 5-3-2026 06:34 PM
Ok la niat kau nak puji tapi biarla bijak sikit. Ada ke di nauzubillah kan benda baik yg dikmighah buat. Tahu tak nauzubillah tu kita guna time bila??
Quote sukanyanyi 5-3-2026 09:34 PM
Mekgadis16 replied at 5-3-2026 06:34 PM
Ok la niat kau nak puji tapi biarla bijak sikit. Ada ke di nauzubillah kan benda baik yg dikmighah b ...

Yeah, tgh nk komen part tu jgk. Patutnya masyaAllah tuuu. Kan ke nk puji org..ayyoyo..
Quote sukanyanyi 5-3-2026 09:36 PM
bottombikini replied at 5-3-2026 05:27 PM
lepas tu dia buat apa dgn sejadah & telekung yg dia tukar baru tu
kan ke wakaf org jugak tu

Ehh aah tol gak.. kalo tambah, ok jgk.. ke org ni salah perkataan? Sedangkan guna nauzubillah pun dh salah
Quote brainbiru 5-3-2026 10:40 PM
Maaf mencelah, cuma nak tanya ayat "dia punya baik tu, NAUZUBILLAH" betul ke penggunaan nauzubillah tu?
Quote Tinot7 6-3-2026 01:05 AM
brainbiru replied at 5-3-2026 10:40 PM
Maaf mencelah, cuma nak tanya ayat "dia punya baik tu, NAUZUBILLAH" betul ke penggunaan nauzubillah  ...

Bg iols, penggunaan yg betui sbb ikut pemahaman iols, dia tukaq satu telekung dan satu sejadah dgn dia punya.. so now, owner asal tak dpt pahala.. manakala digantikan dgn brg dia dan dia dpt pahala..

So nauzubillah la..

Lain la kalau dia tinggalkan telekung dan sejadah baru utk diwakafkan.. atopon dia pi cuci semua telekung kat sana, dan kembalikan dalam keadaan wangi..

Lagi satu, baper banyak telekung dan sejadah dlm keta dia? Kalau dia kluaq ada 2 waktu solat, singgah 2 kali, setiap kali ada telekung dan sejadah fresh? Ka dia ni takleh pakai brg yg dah digunakan?

Dolu2 iols pernah dgq ada org takleh pakai baju yg dah pakai.. so lepaih pakai, dia buang baju dia.. orgnya bkn dari kuarga senang.. so tatau la apa masalah dia..
Quote Tinot7 6-3-2026 01:06 AM
Tatau la org tu nak puji ka apa.. tapi lagi nampak busyuk la..
Quote awanearisu 6-3-2026 01:40 AM
suka hati ambil dan ganti barang wakaf orang lain. terpaling betulkah pemikirannya?
Quote annehuda 6-3-2026 03:39 AM
Jap aku tak paham. Mmg sepjg masa ke dia bawak telekung+sejadah baru kt dlm kereta utk diwakafkan kt surau public tu? Pastu telekung wakaf tu dia amek ke, sebab ayat ditukarkan tu? Telekung yg dia amek tu dia buat ape pulak? Basuh dan pulang balik tak?
Quote miszclassique 6-3-2026 04:50 AM
“Setiap kali” yerrr… hebat betul boleh tahu mmg mengekor doploh patjam ke
Quote mamarilia 6-3-2026 05:34 AM
sedapnya korang mengumpat, mereka cerita
Quote cempakaa 6-3-2026 06:22 AM
silampumeja replied at 5-3-2026 02:56 PM
kena kecam pasal apa pulak

Taktau kan kenapa kena kecam tapi hari2 kena, sampai kat posting kerja pun kacau. Bodoh gila yang kecam for no reason tu
Quote cempakaa 6-3-2026 06:24 AM
brainbiru replied at 5-3-2026 10:40 PM
Maaf mencelah, cuma nak tanya ayat "dia punya baik tu, NAUZUBILLAH" betul ke penggunaan nauzubillah  ...

Tak. Nauzubillah tu macam minta dielakkan gitu. Correct word should be mashaallah
Quote cempakaa 6-3-2026 06:26 AM
Bukan ditukarkan kot. Dia just letak yang baru agaknya. Takkan dia nak amek pulak telekung kepam bertahi lalat nak buat apa

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.145153 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top