CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ikut cara lama, lelaki mulakan langkah pertama terhadap saya’ - Farahdhiya

13-11-2025 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1847| Komen: 31

 


Penyanyi Farahdhiya mengakui masih selesa dengan pendekatan lama iaitu lelaki memulakan langkah pertama untuk berkenalan untuk sesebuah perhubungan.

Pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, itu berkata, ‘mengiklankan’ diri dalam media sosial untuk mencari jodoh dilihat satu perkara yang bagus meskipun kelihatan aneh

“Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Threads tetapi menerima mesej daripada individu.

“Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah.

“Mungkin sebab saya adalah individu yang masih terikat cara lama. Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain,” katanya dalam Threads.

Meski ramai mula melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh, dia masih kekal dengan pendirian untuk melakukan langkah pertama.


“Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama.

“Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang.

“Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” ujarnya tanpa memperincikan perkara yang dianggap menakutkan itu.

Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan Farahdhiya melahirkan kebimbangan untuk berkahwin disebabkan banyak kes keganasan rumah tangga dan takut nasib sama berlaku kepadanya.

Dia juga turut mendedahkah 90 peratus lelaki yang mendekatinya adalah berstatus suami orang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 14-11-2025 03:04 AM
[youtube]oKMfCOeWlEc[/youtube]

Quote Tinot7 14-11-2025 03:39 AM
Leher dia nampak tua
Quote MatDeghem 14-11-2025 05:55 AM
Ape career dia ? Buat content Abt her life....
Tengok shafinaz Selamat...ada professional career. Dia ini asik dgn cerita ape dia fikir.
Bakat ada. Boleh nyanyi boleh berlakon. Cantik. Tapi tetap sendu.....
Quote cm_vungtau 14-11-2025 08:38 AM
Ya rabbi. Kalau bebudak muda cakap camni takpe la
Quote Prickford 14-11-2025 09:03 AM
Cara cakap mcm nak kata yg sheolls lambat temu jodoh sebab takde lelaki yg mula nak tekel sheolls. Jangan2 memilih sangat, kita pon tak tau.
Quote KamikuP 14-11-2025 09:15 AM
Ya hamporno... dari meolls bujang sampai dah anak 5 asyik pasal jantan je citer ko eyh... kawinnya idok.. apooo la ko dhiya.. ekekek
Quote lolipopmanish 14-11-2025 09:24 AM
Takkan kah takde sorang yg berani ngorat she?

She ni pandai masak jugak kan? Ke iols salah
Quote Hachi_11 14-11-2025 09:25 AM
baru terfikir camne dia sustain life dia sbb jarang nmpk dia berlakon
Quote prince_marhaen 14-11-2025 09:43 AM
biasanya feeling2 mahal tak kisah jodoh lambat camni dah ada yang secure & steady funder... hahahahahahaha... takyah lah feeling2 bagi tips ke apa ke... career dalam industri pun sendu jahhh... orang perasan je... kalau bisnes pun takkan takde bayang langsung kan...
Quote alien88 14-11-2025 10:12 AM

gigih iolls scroll atas fokus tgk leher dia
Quote TomyamPuteh 14-11-2025 10:32 AM
Hmmmmmm.
Quote Aribaariba 14-11-2025 10:41 AM
Klu cantik wpun xde mekap n xde filter, blh la cakap mcm tu, biar lelaki je mulakan.Cuba kalau rupa mcm bella astila, family Ngekor pun mcm tu, perangai pun mcm tu? Sure buat taktik gerila terhadap lelaki
Quote shernazz 14-11-2025 11:09 AM
Teringat statement hattan
Quote phalanx 14-11-2025 12:58 PM
MatDeghem replied at 14-11-2025 05:55 AM
Ape career dia ? Buat content Abt her life....
Tengok shafinaz Selamat...ada professional career. Di ...

Level sendu cam dia pun weekly ada corporate show, bayangkan artis popular boleh cakap takde duit. Tubohhhhh
Quote phalanx 14-11-2025 12:59 PM
Hachi_11 replied at 14-11-2025 09:25 AM
baru terfikir camne dia sustain life dia sbb jarang nmpk dia berlakon

Tengok IG dia weekly update corporate/gomen show. Ok la tu. Dia bukannya kena tanggung sesiapa. Diri sendiri je.
Quote zuriey 14-11-2025 01:28 PM
Dah besar ank NK dgn adik jantan dia tu kan
Quote vender 14-11-2025 01:35 PM
Ckp je ko tggu anak raja dtg meminang. Settle
Quote Tinot7 14-11-2025 01:42 PM
alien88 replied at 14-11-2025 10:12 AM
gigih iolls scroll atas fokus tgk leher dia

Dah berumor mmg la cenggitu rupa leher..
Quote missbigrockstar 14-11-2025 01:51 PM
Semoga cepat berjodohan. Tangkap VVIP or marhaen yang stable. Lawa lagi ni utk umur dia. Pandai masak pula tu.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038173 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top