|
GENEVA: Penyakit batuk kering atau tuberkulosis (Tibi) kekal sebagai pembunuh berjangkit utama dunia, meragut kira-kira 1.23 juta nyawa tahun lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil memberi amaran bahawa kemajuan dalam memerangi penyakit itu masih rapuh. Berdasarkan laporan tinjauan tahunan WHO yang dikeluarkan semalam, angka kematian akibat penyakit tibi berkurangan sebanyak tiga peratus berbanding 2023, manakala kes jatuh hampir dua peratus. Dianggarkan 10.7 juta orang di seluruh dunia dijangkiti penyakit itu pada 2024, iaitu 5.8 juta lelaki, 3.7 juta wanita dan 1.2 juta kanak-kanak. Penyakit tibi yang boleh dicegah dan dirawat, disebabkan oleh bakteria yang lazimnya menyerang paru-paru. Ia tersebar melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau meludah. Ketua Jabatan HIV, TB, Hepatitis dan Jangkitan Seksual WHO, Tereza Kasaeva berkata, hanya dengan komitmen politik, pelaburan berterusan dan perpaduan global boleh mengubah keadaan dan menamatkan penularan penyakit itu secara berterusan.
"Pembiayaan untuk memerangi penyakit ini terbantut sejak 2020. Tahun lalu, hanya AS$5.9 bilion (RM27.7 bilion) tersedia untuk pencegahan, diagnosis dan rawatan – jauh tersasar daripada sasaran AS$22 bilion (RM103.2 bilion) setiap tahun menjelang 2027. "Tahun lalu, lapan negara menyumbang kepada dua pertiga daripada kes tibi global iaitu, India (25 peratus), Indonesia (10 peratus), Filipina (6.8 peratus), China (6.5 peratus), Pakistan (6.3 peratus), Nigeria (4.8 peratus), Republik Demokratik Congo (3.9 peratus) dan Bangladesh (3.6 peratus). "Lima faktor risiko utama yang mendorong wabak ini ialah kekurangan nutrisi, jangkitan HIV, diabetes, merokok dan masalah penggunaan alkohol. Tibi juga pembunuh utama bagi penghidap HIV, dengan angka kematian sebanyak 150,000 tahun lalu," katanya. Pada 2024, seramai 8.3 juta orang didiagnosis baru dengan penyakit tibi dan mendapat rawatan. Ini adalah rekod tertinggi, yang disifatkan WHO sebagai kejayaan dalam mencapai lebih ramai individu yang menghidap penyakit itu. Tahun lalu, kadar kejayaan rawatan meningkat daripada 68 peratus kepada 71 peratus. WHO menganggarkan rawatan penyakit tibi yang tepat pada masanya menyelamatkan 83 juta nyawa sejak tahun 2000. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pula berkata, kemajuan dalam ujian, rawatan, perlindungan sosial dan penyelidikan berkaitan penyakit itu adalah berita baik tetapi ianya masih belum mencukupi. "Hakikat bahawa penyakit tibi terus meragut lebih sejuta nyawa setiap tahun, walaupun ia boleh dicegah dan dirawat, adalah tidak boleh diterima sama sekali," katanya. Setakat Ogos lalu, 63 ujian diagnostik dan 29 ubat sedang dalam ujian klinikal. Kira-kira 18 calon vaksin sedang diuji pada manusia, termasuk enam dalam Fasa III – peringkat terakhir sebelum kelulusan kawal selia. Ketua Tabung Global untuk Memerangi AIDS, Tibi dan Malaria, Peter Sands berkata, ketika ini terdapat penyelidikan rawatan yang lebih pendek dan berkesan, strategi pencegahan yang lebih baik, dan diagnostik canggih, termasuk alatan berkuasa AI yang boleh mengesan tibi dengan lebih pantas dan tepat berbanding sebelum ini. "Inovasi ini sedang mengubah cara kita memerangi penyakit ini terutamanya di kawasan yang terhad sumber," katanya - AFP Sumber - BH |
TravellingBear replied at 13-11-2025 05:40 PM
Kawan aku dr pakar tulang meninggal sebab tibi tulang. Jangkit dari patient
TravellingBear replied at 13-11-2025 08:03 PM
Kusta pun dah penambahan kes setiap tahun
Purplehaz replied at 14-11-2025 04:58 PM
Pergilah check TB secara sukarela, jgn tunggu dah ada simpton baru nak rawat. TB latent ni skg hampi ...
Tinot7 replied at 14-11-2025 05:03 PM
The target population for LTBI screening & treatment are:
• household & close contact of bacterio ...
Purplehaz replied at 14-11-2025 06:40 PM
Population semakin berkembang. yg problem close contact TB yg xnak pergi check up berkeliaran beba ...
Tinot7 replied at 14-11-2025 06:54 PM
Bkn ka public health yg monitor household close contact bagai?
A significant number of new TB cas ...
Purplehaz replied at 14-11-2025 07:32 PM
Hemm monitor gitu gitu jelah. Kalau pesakit tu sendiri yg xnak beri kerjasama, close contact refus ...
Purplehaz replied at 14-11-2025 08:14 PM
Jika keputusan ujian positif?
Untuk TB laten:
Anda tiada simptom, tidak berjangkit, tapi ada risiko ...
Purplehaz replied at 14-11-2025 08:13 PM
Di Malaysia boleh buat ujian TB laten (Latent TB Infection / LTBI) secara sukarela, walaupun anda ti ...
ADVERTISEMENT