CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keputusan tidak rayu 40 peratus hasil Sabah selaras dengan semangat federalisme - Ahmad Zahid

13-11-2025 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 119| Komen: 1

 



KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, merupakan langkah tepat selaras dengan semangat federalisme.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN menyambut baik keputusan itu, yang menunjukkan komitmen kerajaan dalam menghormati hak rakyat Sabah sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sejak dari awal, BN sentiasa menjunjung kepentingan rakyat Sabah, memperteguh hak-hak yang termaktub dalam perjanjian dan perlembagaan, serta berusaha memastikan setiap komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap negeri ini dilaksanakan secara adil dan berakauntabiliti," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata BN akan terus konsisten memperjuangkan hak Sabah dan juga mana-mana negeri lain mengikut kerangka perundangan serta semangat Perlembagaan, demi memastikan Malaysia kekal stabil, makmur dan inklusif.


Beliau berkata BN turut mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri yang akan segera memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Sabah, bagi memastikan pelaksanaan pemberian khas itu dapat direalisasikan dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan.

Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga hingga 2021.

Semalam, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun, kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan melibatkan kedua-dua kerajaan sejak 1974.


Sumber - BERNAMA, Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 14-11-2025 08:42 AM
Namun, kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan melibatkan kedua-dua kerajaan sejak 1974.


Maksudnya Barisan Nasional tak jujur kepada Sabah la kan..

Termasuk Barisan Nasional tidak jujur terhadap Pulau Pinang dengan senyap senyap Kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional membayar wang pajakan RM10, 000 kepada Kedah.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.040360 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top