CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah 106.542 hektar di Jalan Duta kekal milik kerajaan, Semantan Estate gagal rayu pertikaian tanah Duta Enclave

13-11-2025 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 387| Komen: 7



PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan syarikat Semantan Estate Sdn Bhd (SESB) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian membabitkan tanah 263.272 ekar (106.542 hektar) di Mukim Batu yang dikenali sebagai Duta Enclave.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim selepas mendapati
SESB selepas mendapati ia gagal memenuhi ambang peruntukan Seksyen 96(a) dan 96(b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Kami berpendapat selepas meneliti semua hujahan dengan terperinci serta meneliti undang-undang dan perlembagaan, permohonan kebenaran oleh pemohon tidak memenuhi ambang keperluan seperti yang ditetapkan. Dengan itu, permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu ditolak dengan kos,” kata Hasnah.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali.


Dalam saman sivil, pihak yang ingin merayu ke mahkamah tertinggi itu harus mendapat kebenaran merayu terlebih dahulu.

Semasa prosiding, peguam Datuk Dr. Cyrus V Dass mewakili SESB manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bagi pihak kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini pada 24 Jun lalu kerajaan dan Pendaftar Hak Milik Tanah Wilayah Persekutuan berjaya dalam rayuan bagi mengetepikan perintah pemindahan hak milik 263 ekar (106 hektar) tanah di Duta Enclave kepada Semantan Estate (1952) Sdn. Bhd. (SESB).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Lee Swee Seng selepas membenarkan rayuan kerajaan.

Dalam prosiding sama, panel turut menolak rayuan silang SESB supaya tanah berkenaan dipindah milik kepadanya.

Meskipun kerajaan kekal dalam milikan tanah tersebut, mahkamah mengarahkan pampasan dibayar kepada SESB yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan pakar.

Pada 7 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memerintahkan kerajaan memindah milik tanah berkenaan kepada SESB selepas membenarkan saman pemula syarikat itu terhadap Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan selaku defendan.

Tanah terbabit, yang terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Ahmad Shahrir memerintahkan Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan bermula 7 Ogos 2024 selain memerintahkan kerajaan membayar kos RM50,000.

Hakim itu turut memerintahkan defendan supaya mendaftarkan plaintif (Semantan Estate) sebagai pemilik tanah, melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.

Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.

Kemudian pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 263.27 ekar itu yang diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak pada 18 Mei 2012 dan pada 21 November 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran merayu keputusan itu.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikdot 13-11-2025 02:04 PM
wow..aku ingat gomen kalah kes ni. kalau kalah mau biliyun kena bayar balik huhu..

boleh rayu lagi kee..
Quote nisako 13-11-2025 02:53 PM
wow wow   
Quote shernazz 13-11-2025 02:59 PM
cikdot replied at 13-11-2025 02:04 PM
wow..aku ingat gomen kalah kes ni. kalau kalah mau biliyun kena bayar balik huhu..

boleh rayu lagi  ...


Masih boleh rayu dengan kos
Ada.tulis kat atas tu...

Oo iols dah baca balik
Ditolak dengan kos..hahaha
Quote shernazz 13-11-2025 03:00 PM
Bayangkan kalau semantan.estate dapat tanah tu...
Adakah mall lagi satu nak bina?.atau kondo ke?
Padat sungguh lah..haha
Quote Skuau 13-11-2025 03:03 PM
Ini semua BUKAN Ahmad Albab yang punya...INI KERAJAAN YANG PUNYA.
Quote blue_blur 13-11-2025 06:19 PM
shernazz replied at 13-11-2025 03:00 PM
Bayangkan kalau semantan.estate dapat tanah tu...
Adakah mall lagi satu nak bina?.atau kondo ke?
Pad ...

kalau tak buat tu pun, co tu akan arah gov bayar sewa tanah tu income seumur hidup. nasib baik kalah.
Quote shernazz 13-11-2025 06:42 PM
blue_blur replied at 13-11-2025 06:19 PM
kalau tak buat tu pun, co tu akan arah gov bayar sewa tanah tu income seumur hidup. nasib baik kal ...

Iols igt jalan semantan ni adalah sebab urusan ptptn je..haha
Punya la cari naik moto panas2...
Pertama kali ke situ walaupung dok kelana jaya..hahahah
Masa tu mana ada waze bagai...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.037196 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top