|
KUALA LUMPUR – “Bukan semua banduan bersalah,” demikian luahan seorang wanita, Ainara, yang berkongsi kisah ayahnya dipenjara selama dua tahun akibat tuduhan palsu merogol dan merompak sebelum akhirnya dibuktikan tidak bersalah. Menurut Ainara, kejadian itu berlaku ketika dia baru dilahirkan dan mereka sekeluarga dalam persiapan membuat majlis doa selamat. “Demi Allah ayah saya tak buat semua itu. Ayah saya seorang yang baik, bertanggungjawab dan jaga solat. Kebetulan dia masuk hutan sebab nak cari kayu bakar untuk masak kenduri doa selamat kelahiran saya masa itu dan kebetulan kawasan hutan itu adalah tempat tragedi rompakan dan merogol perempuan keturunan Minang. “Suspek ada tiga orang, semuanya lari dan ayah saya dengan kawan dia yang kena tangkap sebab mereka keluar dari hutan berhampiran dan perempuan Minang tuduh ayah saya yang merogol dia,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.
Menurut Ainara, fitnah itu menyebabkan ayahnya dipenjara selama dua tahun sebelum keputusan ujian makmal membuktikan bahawa sampel sperma di tempat kejadian bukan milik ayahnya. “Alhamdulillah, lepas dua tahun barulah terbukti ayah saya tak bersalah. Tapi masa tu saya dah besar sikit, saya pun tak kenal ayah sendiri bila dia keluar penjara,” katanya. Walaupun teraniaya dan menanggung malu serta kerugian, Ainara memaklumkan ayahnya memilih untuk memaafkan wanita yang menuduhnya itu. “Ayah saya jenis penyabar. Dia maafkan perempuan tu walaupun keluarga kami terpaksa tanggung macam-macam. Perempuan tu ada bagi sedikit duit ganti rugi, tapi tak setimpal dengan maruah dan masa ayah hilang dalam penjara. Tapi ayah sendiri yang maafkan, kami pun akur,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 13-11-2025 02:02 PM
Kan boleh saman kerajaan juta2, kenapa tak saman?
copy_paste replied at 13-11-2025 02:30 PM
ppuan tu da ada bg sikit duit ganti tp si ayah dah maafkan sbb faham,mangsa rogoi pun dlm trauma j ...
TravellingBear replied at 13-11-2025 04:46 PM
Kenapa pompuan tu yg kena bayar gantirugi. Dia pun mangsa
renko replied at 13-11-2025 05:08 PM
da macam mana lak lepas masjuk jel baru buat dna test?
macam pelik lak
bkn buat masa awal2 tangkapan ...
TravellingBear replied at 13-11-2025 05:09 PM
Zaman dulu2 dna test tak dpt immediate result
renko replied at 13-11-2025 05:22 PM
takkan 2 tahun lepas tu?
tagas replied at 13-11-2025 02:46 PM
So PMX benar bersalah ke dokkk
ADVERTISEMENT