CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Najwa Latif selamat melahirkan cahaya mata pertama

13-11-2025 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2449| Komen: 39

 


PENYANYI Najwa Latif selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Selasa. 

Berita gembira itu disahkan oleh suami Najwa, Akwa Arifin yang memaklumkan tarikh kelahiran anaknya jatuh pada ulang tahun perkahwinan mereka.

Akwa bagaimanapun tidak mendedahkan jantina bayi mereka dalam perkongsian tersebut.

"Alhamdulillah, Najwa dan saya dengan penuh kesyukuran ingin berkongsi bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11 November 2025.

"Tarikh yang lebih istimewa kerana ia juga menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga," katanya. 

 


Akwa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. 

Dalam pada itu, Akwa turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

"Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga semua doa indah untuk kami dikembalikan kepada anda dengan lebih berlipat ganda, insya-Allah," ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, Najwa atau Imratul Najwa Abdul Latiff, 30, mendedahkan mengalami keguguran hanya selepas lima minggu disahkan hamil. 

Jelas Najwa, dia dan suami enggan berkongsi berita sedih tersebut di media sosial namun memerlukan doa orang ramai untuk berdepan ujian tersebut. 

Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epalgebuu 13-11-2025 10:17 AM
tahniah wawa
Quote hayrin86 13-11-2025 10:22 AM
Seorang lagi artis wanita bergelar ibu secara senyap. Tahniah..
Quote black_handbag 13-11-2025 10:25 AM
Laki dia ni anak murid dia ke? Nampak muda dari dia. Macam kakak dgn adik
Quote supernaturalee 13-11-2025 10:31 AM
dia dan suami enggan berkongsi berita sedih tersebut di media sosial namun memerlukan doa orang ramai untuk berdepan ujian tersebut.



die macam...

"xnk bg tau tp nk bg tau"




anyway...tahniah

3 siri dah dia ye

still kenot brain lagu fb di pentas ajl

Quote azimodin 13-11-2025 10:32 AM
Alhamdulillah.. walaupon iouls bukan peminat lagu2 Najwa tapi sheouls unproblematic. Selayaknya mendapat doa yang baik2
Quote Kancilkering 13-11-2025 10:41 AM
thaniah dpt baby fb heeeeeehhheheh
selamat berpantang
Quote telracs 13-11-2025 10:47 AM
Alhamdulillah

Tahniah.

Selamat berpantang untuk Najwa.

Macamlah dia baca pulak forum.

Quote Tinot7 13-11-2025 11:02 AM
Tahniah!!!
Quote Cpkay 13-11-2025 11:41 AM
najwa ni very kelakar tau.. dia mcam serius tapi kelakar.. anyway untuk tidak ot . tahniah najwa dan suami. selamat berpantang
Quote makadek 13-11-2025 11:48 AM
dia tk swsuai jd penyanyi ...muka cikgu2 sek ren sgt
Quote alien88 13-11-2025 11:54 AM
tahniah najwa & suami
Quote A-Are 13-11-2025 11:54 AM
Tahniah najwa & akwa...dulu2 time belajar selalu nampak akwa ni lalu lalang kat kampus..mmg ada aura budak baik sesuai dgn najwa latif
Quote doubleA 13-11-2025 12:00 PM
Tahniah wawa latip
Quote PULANGKAN 13-11-2025 12:02 PM
makadek replied at 13-11-2025 11:48 AM
dia tk swsuai jd penyanyi ...muka cikgu2 sek ren sgt

sheols lecturer kalau tak silap iols
Quote PULANGKAN 13-11-2025 12:07 PM
tahniah wawa dan suami



Quote pocongkiutss 13-11-2025 12:22 PM
Diam2 je preggy pehtu bersalin..baguih wawa

Ada retis lepas kencing upt positif dan2 terus post announce
Quote LaskarHijayu 13-11-2025 12:37 PM
pocongkiutss replied at 13-11-2025 12:22 PM
Diam2 je preggy pehtu bersalin..baguih wawa

Ada retis lepas kencing upt positif dan2 terus post ann ...

Sapoooooooooo....
Quote Incanto 13-11-2025 01:06 PM
Alhamdulillah…tahniah Najwa dan suami

Quote Cassieopeia 13-11-2025 01:14 PM
wah tahniah najwa n sominye. comel diorg ni. teringat plak kawan jepun iols suke betul dia ngn najwa ni sampai najwa bercuti g jepun dia jd tourist guide sbb pandai ckp melayu.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.037642 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top