|
PELAKON Jefri Nichol dikhabarkan sudah berbaik dan kembali bersama kekasihnya iaitu Ameera Khan. Ia susulan kedua-dua mereka dilihat sudah kembali mengikuti antara satu sama lain di Instagram. Perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi netizen sehingga ada yang mendakwa pasangan itu tidak matang dalam menguruskan hubungan percintaan. "Macam kanak-kanak. Gaduh sikit nak 'unfollow'. "Penat juga nak hadap kisah mereka ini, harap-harap cepatlah sikit berkahwin," komen mereka. Dalam masa sama, ada juga menzahirkan kegembiraan selepas pasangan kegemaran mereka kembali bertaut kasih.
"Akhirnya! Harapnya pasangan ini sentiasa bersama. Suka sangat dengan mereka," ujar netizen. Sebelum ini kecoh apabila Ameera dan Jefri dikatakan sudah putus cinta selepas masing-masing saling tidak mengikuti di Instagram. Jefri bagaimanapun ketika dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Sumber – mStar |

apedehal replied at 13-11-2025 01:42 PM
So nektini folo jep balik x?hal ini sudah kuduga sbb lemak xunfolo pun mak jep..rugi la jep, ko clas ...


ADVERTISEMENT