CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"

13-11-2025 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 529| Komen: 3

 


SEORANG wanita berkongsi kisah sedih yang dialami bapanya selepas dikhianti oleh anak kandung sendiri sehingga kerugian hampir RM300,000.

"Beberapa tahun lalu abang aku pernah curi duit ayah hampir RM300,000, dia guna untuk pelaburan tapi kena tipu dengan kawan sendiri sampai rugi.

"Lepas ayah dapat tahu, dia terduduk sebab rasa dikhianati, anak sendiri curi duit," ujarnya di Thread.

Menurutnya, wang tersebut dimasukkan ke akaun abangnya dan adik beradik yang lain kerana simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bapanya sudah melebihi had.

"Dia tumpang simpan sebab percaya pada anak-anak, adik beradik yang lain dan aku pun tak pernah sentuh duit ayah.

"Ayah tahu lepas tergerak hati nak check simpanan dia yang dia letakkan dalam akaun abang... tengok-tengok semuanya habis.

"Abang guna dalam tempoh enam bulan, itu pun dapat tahu lepas ugut nak lapor polis," luahnya sayu.


Meskipun kecewa dan terluka, namun ujar wanita ini, bapanya memaafkan kesalahan abang dan menganggap apa yang berlaku sebagai kifarah untuk mencuci hartanya.

Namun malangnya, warga emas itu kini terpaksa pula menanggung hutang ah long berjumlah RM20,000 yang dibuat abangnya beberapa bulan lalu.

Pinjaman itu dibuat oleh abangnya gara-gara terjebak dengan skim cepat kaya.

"Mungkin abang dah berhenti perangai dia tapi parents aku yang perlu jaga dia. Usia dah 31 tahun tapi masih menganggur, empat tahun dah semenjak dia konvo.

"Ayah aku manjakan sangat, dia selalu minta duit macam air keluar, beli barang makan yang boleh dikatakan mahal," tambahnya.

Menyedari corak kehidupan abangnya yang pelik, dia tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami masalah kemurungan.

"Kami tak tahu nak tolong macam mana, dah suruh cari kerja tapi dia tak mahu, hanya duduk dalam bilik dan pesan makanan.

"Dia pun terlampau obes, badan macam orang Jepun sumo," ujar pengadu yang sayu melihat keadaan abangnya seperti tidak terurus.

 

Tambahnya lagi, keluarga juga pernah menasihati abangnya untuk mendapatkan khidmat profesional bagi membantu mengatasi masalah yang dialami.

Namun malangnya, ia bukan sahaja tidak dipedulikan, malah abangnya berterusan terperap di bilik walaupun pada hari minggu.

Lebih menyedihkan, tiada seorang pun rakan abangnya yang datang bertanya khabar selepas apa yang berlaku.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Selain bersimpati, ramai yang berpandangan supaya bapanya menghentikan segala bentuk bantuan termasuk kewangan.


Sumber – mStar

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 13-11-2025 11:43 AM
NEET and hikikomori

inability to adapt, or cope to rapid social changes.
dunia berubah, diorang tak dapat ikut, akhirnya terhenti di landasan sendiri

kalau berterusan melebihi 6-7 bulan tanpa bersosial, interaktif, tak bercakap bagai. mungkin mental dah terjejas. kena jumpa kaunselor, refer doktor pakar bagai

munkin trauma, major depressive disorder, anxiety, or underlying autism? entahh, doctor je boleh diagnose

sebab macam cerita atas tu cakap, dah sampai ke tahap obese.
ada orang tak lalu makan, ada orang takleh control makan
pendek kata, selera makan terganggu. appetite

dalam kes ni, otak dia, coping mechanism, rasa kehilangan dalam hidup tu dengan makanan.

bab curi duit tu i dunno lah. but how orang obese yang tak keluar bilik boleh curi and spent duit puluh ratus ribu in the first place tho. tau la online, but still..

entah lah nok. simply put, ikut je la title. abang malas kerja sampai obese.

menghukum lebih mudah dari memahami afterall, gituu
Quote copy_paste 13-11-2025 03:03 PM
betul la tu,hentikan bagi duit,cuma bagi makan apa yg ada je,
dia jd malas kerja sbb  bila ada org yg tanggung segala kehendak.
Quote shernazz 13-11-2025 03:06 PM
Elok mati je
Dah obes tu..susah nak angkat mayat plak..
Hurmm

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.035861 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top