CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelanggan tegur harga sambal udang cekik darah di Bumbu Babah, Ajak Shiro kekal tenang... “Dalam masakan itu ada juga petai”

13-11-2025 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3723| Komen: 66

 


PELAWAK dan penyampai radio, Ajak Shiro kekal tenang dengan segala kritikan dan teguran daripada pelanggan yang mengunjungi kedai makan miliknya, Bumbu Babah.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 39, berkata dia menyedari luahan hati seorang pelanggan di platform Threads yang tidak berpuas hati dengan harga sambal udang kerana dianggap mahal.

Namun jelas Ajak, harga yang dikenakan bukan hanya untuk udang semata-mata, tetapi termasuk bahan lain seperti petai yang turut digunakan dalam sambal tersebut.

 
“Kalau nak kata mahal, nasi padang saya bermula daripada RM5 saja. Kalau nak saya kurangkan lagi memang tak boleh.


“Untuk lauk pula, paling mahal pun sekitar RM7 ada juga yang berharga RM4 atau RM5.

“Cuma kalau udang memang sedikit mahal, tapi kalau daftar sebagai ‘member’, insya-Allah boleh dapat harga lebih rendah,” katanya kepada mStar.

Ajak berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Inilah Suria yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Menurut Ajak, menu nasi padang di Bumbu Babah dijual pada harga antara RM11.90 hingga RM14.90 bergantung kepada pilihan lauk.

“Untuk sambal udang itu ada petai dan kita tahu harganya agak mahal sekarang,” ujarnya.

Tambah Ajak, sejak mengusahakan kedai makan itu setahun lalu, dia sentiasa mengutamakan pelanggan dan mengambil serius setiap aduan yang diterima.

Katanya, setiap teguran menjadikan dia lebih rapat dengan pelanggan dan membantu memperbaiki mutu perkhidmatannya.

“Ada saja pelanggan yang terus buat aduan depan saya. Pernah seorang pelanggan cakap daging dendeng saya keras macam makan dinding sebab pakai gigi palsu.

“Saya terus cadangkan supaya ambil daging basah yang lebih lembut,” tambahnya.

 

Menurut Ajak, pengalaman berniaga memberinya kepuasan tersendiri dan menjadikan dia lebih menghargai interaksi dengan pelanggan.

“Bagi saya ini perkara biasa. Saya takkan marah kalau orang tak puas hati. Sebaliknya saya akan ambil sebagai peluang untuk perbaiki kelemahan,” ujarnya.

Sebelum ini tular perkongsian seorang individu yang merungut harga sambal udang di kedai makan miliknya terlalu mahal. 



Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 13-11-2025 09:19 AM
Ntah hape yg pedas nak mampos tu kuah  ke sambal ke? tak berapa kenan nasi padang ni buat stail gepuk,penyet.aku prefer   pilih lauk berhidang
Quote pauliza 13-11-2025 09:22 AM
Pelanggan tu mesti tak pernah pergi pasar ,udang 4 ekor saiz tu harga rm9.90 dgn petai lagi ,murah jgk bg iols .Kedai nasi berlauk pun udang sekor rm2.50 -rm3 ,kedai mamak lagi lah mahal.
Quote talapia 13-11-2025 09:36 AM
alesandra replied at 13-11-2025 09:19 AM
Ntah hape yg pedas nak mampos tu kuah  ke sambal ke? tak berapa kenan nasi padang ni buat stail gepu ...

yang bumbu babah ke?
aku makan aritu.. amik gulai tunjang.. dia letak sekali dengan nasi..
sampai berair hidung weh pedas. apa entah yg pedas.. sambal aku tak cuit pon. haha..

tapi daging kering dendeng ke apa entah yg nipiiiiiis tu.. mahal tapi shedap wehh..
sehiris nipis tu aku patahkan la kecik2 dapatla makan utk sepinggan nasi. haha..
tapi ye la.. berbaloi la kalau join member.. 10% off banyak gak tu.. walau aku lom tentu makan lagi.. join je member dh dpt diskaun
Quote NazRysha 13-11-2025 09:55 AM
sedapnya kat mana ni aku suka nau pedas2 cmni
Quote LembingDayanti 13-11-2025 10:12 AM
sedap dan berbaloi kalau makan sorang2 .. kalau kena belanja ada rasa baran sikit hahahahha!!
Quote Samerosie 13-11-2025 10:13 AM
Kalau tak de duit sorry dek kau jgn order sotong ka udang ka.  Ni beli kat pasar siaz besar tu dah rm70/kg dapat nya yak sampai 10 ekor udang.  Sotong pun rm68/kg.  Petai pun sekarang bukan murah.

Iols order makan berlauk, sambal petai udang yg 4 ekor, petai potong nipis pun dah rm25 tau.
Quote Miejaaa 13-11-2025 10:22 AM
Lahh dia punya kedai ke?
Hari tu baca kat Thread kata kedai Achey

Quote black_handbag 13-11-2025 10:27 AM
Sedap ke sini? Iols plan nak bawak abah makan sini. Kalau sedap iols nak pi try. Yg nak dpt harga member tu nak kena order dlm apps ke macamana
Quote alesandra 13-11-2025 10:34 AM
talapia replied at 13-11-2025 09:36 AM
yang bumbu babah ke?
aku makan aritu.. amik gulai tunjang.. dia letak sekali dengan nasi..
sampai  ...

Mmg sah la kuah dia yg pedas.dah kertu ni x lalu nak makan pedas2.tapi aku tak suka nasi padang ni buat stail  set mcm nasi ayam penyet,ayam gepuk.prefer lauk tu kita pilih
Quote Cyempaka 13-11-2025 10:36 AM
aku rasa ok je harga tu.. udang tu pun nmpk besar jgk.
engkau dari pedalaman mana ni dek?
Quote kucingitam 13-11-2025 10:40 AM
udang 4 ketul dek... urah dah tu.. nak murah kau mintak telor mata je..
Quote lo_la 13-11-2025 10:45 AM
Size apa udangnya?
Range 2.50 per udang yg dah masak siap ada petai lagi, ok dah rasanya
Ada kedai kat tempat i ni, 4pcs udang sambal petai quite besar dah rm20. Udangnya fresh tapi sambal pulak cair
Quote Tinot7 13-11-2025 11:04 AM
Udang sotong better masak sendiri.. mmg mahai kalau beli kat kedai
Quote harkktuih 13-11-2025 11:07 AM
size udang ni rasa lagi kecik dr size 41/50...
Quote KamikuP 13-11-2025 11:09 AM
Udang sotong kalau nak murah masak sendiri le dek non... RM9.90 kira ok le tew - done bekap heollss
Quote kawahapi 13-11-2025 11:10 AM
Dah pernah pegi makan, tak sedap.
Quote cikdot 13-11-2025 11:10 AM
try sekali ritu. aku suka je nasi padang ni. tapi ritu aku makan dia gi tuang kuah sekali dgn nasi. banjir macam nasi kandar sudahnya. aku ni kurang gemar kuah2 banjir ni. dah le tak berapa makan pedas. tak habis makan pun..
Quote debab76 13-11-2025 11:14 AM
acikk baru gi mkn dgn laki acikk smlm. sedapp sgt. terngiang2 sampai harini. harga oklah. tak mahal sgt. still affordable. cuma pilihan lauk je tak byk. harap deols boleh tambah lagi in future.
Quote Parit.Hilton 13-11-2025 11:15 AM
Samerosie replied at 13-11-2025 10:13 AM
Kalau tak de duit sorry dek kau jgn order sotong ka udang ka.  Ni beli kat pasar siaz besar tu dah r ...

pasar mana uols pegi mahalnya udang sotong

iols pi lotus ja udang sekilo paling mahal pun RM29. Sotong lagi murah

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043930 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top