CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita luka dikepala, anak lelaki putus jari diserang pembantu rumah warga Filipina

12-11-2025 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1237| Komen: 30

 

KUANTAN – Seorang wanita dan anak lelakinya cedera diserang pembantu rumah mereka selepas berlaku pergelutan di kediaman mereka di Kota Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Kejadian menyebabkan wanita berumur 57 tahun itu luka di kepala dan ibu jari tangan kiri manakala anak lelakinya berusia 28 tahun putus ibu jari tangan kiri serta luka di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu wanita berkenaan yang berada di tingkat atas rumah terdengar jeritan anaknya di tingkat bawah. “Apabila turun dari tangga wanita berkenaan mendapati anaknya sedang bergelut dengan pembantu rumah di ruang tamu rumah dan dia terus ke arah pembantu rumah untuk meleraikan pergaduhan tersebut namun suspek bertindak melibas pisau dan terkena kepala mangsa.

“Kemudian wanita berkenaan telah merampas pisau yang digunakan oleh suspek namun suspek bertindak berlari ke arah dapur dan ingin mengambil pisau lain menyebabkan kedua-dua mangsa telah menghalang suspek dan berlaku pergelutan di ruang dapur,”katanya di sini hari ini.


Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek yang merupakan warganegara Filipina berusia 44 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan suspek mengalami tekanan bekerja di bawah majikan wanita berkenaan namun punca utama masih dalam siasatan.

“Suspek ada memaklumkan kepada ejen bahawa suspek berada dalam tekanan oleh kerana tempat kejadian adalah rumah yang besar berbanding rumah terdahulu serta suspek berasa panas duduk di sana.

“Suspek sudah bekerja selama 10 bulan dan hanya majikan wanita berkenaan dan suspek sahaja yang tinggal di rumah tersebut,”ujarnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 12-11-2025 12:19 PM
Rumah besar tapi panas
Quote zuuu 12-11-2025 12:29 PM
Dengar gak berita ni kat tv3 smlam aq ingatkan yg terlibat sume pompuan rupanya ada lelaki
Quote ardent91 12-11-2025 12:32 PM
majikan type apa? Type M, Type C or Type I?
Quote supernaturalee 12-11-2025 01:13 PM
KUANTAN – Seorang wanita dan anak lelakinya cedera diserang pembantu rumah mereka selepas berlaku pergelutan di kediaman mereka di Kota Sultan Ahmad Shah di sini semalam.


kalau pior org perak sebut nama tempat nih

Quote mrsamz 12-11-2025 01:27 PM
nampak ada pokok krismas dlm gamba berita semalam..anyone can confirm?
Quote Decaffeinated 12-11-2025 01:30 PM
'...hanya majikan wanita berkenaan dan suspek sahaja yang tinggal di rumah tersebut'

jaga 'ahso' sorang pun stress ka?
Quote kechikchomel 12-11-2025 02:21 PM
mrsamz replied at 12-11-2025 01:27 PM
nampak ada pokok krismas dlm gamba berita semalam..anyone can confirm?

pokok krismas? awalnya pacak?
november pun baru nak separuh bulan



Quote kelapaparut 12-11-2025 02:53 PM
ardent91 replied at 12-11-2025 12:32 PM
majikan type apa? Type M, Type C or Type I?

Biase kalu mampu gajikan pilipins ni type c. Melayu skrg ni xmampu nak gajikan sape2 nokk
Quote midori888 12-11-2025 03:02 PM
Decaffeinated replied at 12-11-2025 01:30 PM
'...hanya majikan wanita berkenaan dan suspek sahaja yang tinggal di rumah tersebut'

jaga 'ahso' so ...

jaga ahso lah susah, lagi byk cerewet dia...nak plak kalu ahso berduit...i pay you ma...mmg dia kerah tenaga abis-abisan...
Quote hijau_serindit 12-11-2025 03:30 PM
ardent91 replied at 12-11-2025 12:32 PM
majikan type apa? Type M, Type C or Type I?

Type C
Quote Decaffeinated 12-11-2025 03:31 PM
supernaturalee replied at 12-11-2025 01:13 PM
kalau pior org perak sebut nama tempat nih

Kote S... A... S... ?

Quote Minami2013 12-11-2025 03:51 PM
Rumah besar nk kena buat kerja sorang2 dan mungkin majikan sgt cerewet. Lagi la stress.
Quote hayrin86 12-11-2025 04:11 PM
ardent91 replied at 12-11-2025 12:32 PM
majikan type apa? Type M, Type C or Type I?

Tidak perlu lagi berkira soal kaum dalam apa jua perihal..

Quote ardent91 12-11-2025 08:24 PM
kelapaparut replied at 12-11-2025 02:53 PM
Biase kalu mampu gajikan pilipins ni type c. Melayu skrg ni xmampu nak gajikan sape2 nokk

eh taklah.. family member i dgan kenalan2 parents i yg dah senior citizens mmg banyak amek caretaker filipines pown... dorg x amek maid, amek caretaker untuk assist org sakit or warga emas kat rumah.. from my knowledge la, majikan Type M amek caretaker biasa dari filipines, srilankan and ada gak local malaysian...
Quote gigahertz 13-11-2025 02:44 AM

mmg boleh panas kalau rumah tu seketul je kat situ. seawal 10 pagi dah panas. puncak panas 3 petang.
Quote pocongkiutss 13-11-2025 02:53 AM
kelapaparut replied at 12-11-2025 02:53 PM
Biase kalu mampu gajikan pilipins ni type c. Melayu skrg ni xmampu nak gajikan sape2 nokk

Ada je melayu yg mampu gajikan maid pilipin uols..mmg bagus la iols tgk maid tu jaga..tp la ni dh blk pilipin..bukan calang2 tu jaga budak autistic..nmpk betul budak tu syg kt dia. Awal2 tu iols siap ingtkn dia la mak budak tu
Quote pocongkiutss 13-11-2025 02:55 AM
midori888 replied at 12-11-2025 03:02 PM
jaga ahso lah susah, lagi byk cerewet dia...nak plak kalu ahso berduit...i pay you ma...mmg dia ke ...

Ni agree

Quote nw111 13-11-2025 06:28 AM
kechikchomel replied at 12-11-2025 02:21 PM
pokok krismas? awalnya pacak?
november pun baru nak separuh bulan

I suka folo home ig...mmg ramai minah  saleh dh pacak pokok kismas skrg..bln oct haritu pun dh ada yg pacak...
Quote TomyamPuteh 13-11-2025 06:37 AM
Geli Aku kalau ada org asing dlm rumah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.040195 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top