|
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice mendedahkan isterinya iaitu Farra Inalis telah membayar yuran guaman tanpa pengetahuannya. Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice berkata dia dimaklumkan bayaran untuk kos peguam sudah diterima dan dia terkejut apabila mendapat tahu isterinya yang membayarnya. “Salah seorang peguam yang saya gunakan untuk kes saman baru-baru ini hantar mesej kepada saya dan memberitahu bahawa bayaran untuk kos guaman sudah diterima. “Saya terkejut dan bertanya, ‘Bayaran apa? Saya tak bayar lagi, siapa yang bayar?’ “Rupanya, isteri saya yang bayar untuknya,” katanya. Menurut Caprice, isterinya baru saja kembali aktif berniaga dimana sebelum ini dia tidak benarkan kerana mahu Farra fokus menjaga anak. “Kalau anda semua lihat di Instagram isteri saya, dia baru mula berniaga balik. Selama setahun setengah sebelum ini, saya memang tak benarkan dia berniaga sebab nak dia fokus anak.
“Tapi baru-baru ini dia minta izin untuk mula berniaga balik dan saya benarkan. Saya tak sangka sebenarnya dia buat semua itu untuk kurangkan beban saya,” katanya. Sementara itu, Caprice turut mengakui berdepan tekanan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat pelbagai urusan termasuk kos saman. “Sebagai ketua keluarga, tanggungjawab saya menanggung semua bil dan perbelanjaan. Tapi dalam kes saya, bukan sahaja nafkah dan bil biasa, tapi saman saman saman,” katanya. Dalam pada itu, Caprice turut menyeru pada wanita diluar sana untuk memberi sokongan kepada peniagaan baru isterinya diberi nama She Slay. “Tolong sokong produk baru Elis “She Slay”. Walaupon awal-awak Cap tak izinkan dia kerja atau buat apa-apa bisnes untuk fokus dekat anak, tapi baru-baru ni saya izinkan. Dia baru je mula jual semalam dan Alhamdulillah dapat sokongan,” katanya. Sumber: Rotikaya |
KamikuP replied at 12-11-2025 11:05 AM
Meolls takleh lupa yg bini dia suruh sorang netizen puaka ni melutut mintak maaf.. over nau nau laki ...
ADVERTISEMENT