|
PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Gabriel Palmero kini bergelar ejen bebas selepas kontraknya ditamatkan oleh dua kelab Sepanyol susulan digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini. Sebagai rekod, Palmero telah dipinjamkan ke Unionistas de Salamanca selama semusim sebelum membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya lebih awal dengan menghantarnya pulang ke kelab utama, Club Deportivo Tenerife. Lebih malang, Tenerife pula membuat keputusan untuk membatalkan kontraknya berkuat-kuasa semalam selepas rayuan yang dikemukakan kepada FIFA “Unionistas de Salamanca telah mencapai persetujuan dengan Club Deportivo Tenerife untuk menamatkan pinjaman Palmero, susulan hukuman FIFA (isu pemalsuan dokumen) pada 25 September dan penolakan rayuan pemain pada 3 November. “Persetujuan ini tidak melibatkan sebarang kos kewangan untuk kelab dan Unionistas de Salamanca ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain atas dedikasinya sepanjang berada di Salamanca,” kata kelab itu dalam kenyataan rasmi.
Sementara itu, Tenerife dalam kenyataan berasingan kemudian mengumumkan bahawa kontrak Palmero dengan kelab itu juga berakhir pada 7 November melalui akaun rasmi mereka di laman Facebook. “Pinjaman Palmero ke Unionistas de Salamanca serta hubungan kontraknya dengan Club Deportivo Tenerife telah berakhir pada 7 November,” kata Tenerife dalam laman sosial itu. Selain Palmero, enam pemain warisan negara yang dihukum FIFA adalah Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel dan Imanol Machuca. Namun, semua pemain terbabit dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia untuk membuat rayuan terakhir dengan mengheret kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Sumber : Kosmo |


sambaldurian replied at 9-11-2025 06:45 PM
Tu le, lain kali bg je kt budak2 sini, cari yg tinggi2. Punyala mcm2 ada mssm la, mssd la, akademi b ...
cm_vungtau replied at 10-11-2025 01:47 AM
Go big or go home kekdahnya.
So sekarang dah jadi Malaysian la kan, sebab Malaysia mana ada dual c ...
Nelt replied at 10-11-2025 11:24 AM
Kadang-kadang kau perlu jatuh untuk bangun.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-5-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.208638 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.