|
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan. Menurut Shahida, hadiah bernilai kira-kira RM350,000 itu diberikan sempena anaknya yang kini sudah dewasa dan memiliki lesen memandu. “Mama dan papa dah lama nak belikan kereta untuk Ammar. Dia pun dah besar dan senanglah nak ke kolej. Ammar tak minta pun kereta apa, dia cuma kata janji ada kereta dah cukup,” katanya di TikTok. Shahida berkata, mereka sengaja merahsiakan ketibaan kereta itu untuk membuat kejutan. Dalam video yang dikongsikan, Ammar kelihatan sangat terkejut dan melompat kegembiraan ketika melihat kereta baharunya di perkarangan rumah. “Sepatutnya kereta sampai awal, tapi tertunda sedikit. Kami rahsiakan sebab nak buat kejutan. Insya-Allah, bila sampai masa nanti, anak-anak lain pun akan dapat rezeki masing-masing,” katanya.
Dalam masa sama, Shahida turut menasihati anaknya agar tidak lalai dengan kemewahan dunia. “Mama dan papa nak pesan, jangan lupa diri. Solat jangan tinggal, jangan riak. Ingat, Allah boleh tarik nikmat bila-bila masa kalau kita tak bersyukur,” pesannya. Sumber : Rotikaya |

SisLena replied at 9-10-2025 11:10 PM
Ntahla ek di saat ada student gi daftar uni naik motor je sorang2, ade satu pihak lg beli porsche ut ...
Nampak nau mak bapak tak pernah masuk kolej. Ko naik grab aje lagi bagus dik non
SisLena replied at 9-10-2025 11:10 PM
Ntahla ek di saat ada student gi daftar uni naik motor je sorang2, ade satu pihak lg beli porsche ut ...


aint replied at 9-10-2025 05:23 PM
knp sport car utk ke kolej? nape tak bagi heli jer... kan sng guna laluan udara dr darat, lg cpt smp ...

slyfynx replied at 9-10-2025 11:09 PM
Mcm bijik
Bg kete mahal2
Dgn ko upload meriak, pastu konon nasihat jgn riak.
ADVERTISEMENT