CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Promosi jenama boikot? Bella Astillah minta maaf, faham kemarahan semua - “Biarpun saya terikat dengan kontrak, tetapi..."

7-10-2025 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9402| Komen: 198

 


Penyanyi juga pelakon, Bella Astillah memohon maaf dan tidak menyalahkan rakyat Malaysia susulan kecaman hebat diterima atas dakwaan mempromosikan jenama dalam senarai boikot.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, dia faham perasaan rakyat Malaysia ketika ini yang sedang diselubungi api kemarahan terhadap Israel.

“Saya faham macam mana rakyat Malaysia marah. Saya tak salahkan mereka 100 peratus. Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan lakukan perkara yang sama.

“Sebagai manusia biasa, saya mohon maaf. Mungkin saya ada banyak kekurangan dan salah silap. Saya akan sentiasa memperbaiki diri.

“Saya sendiri turut terkesan dengan apa yang berlaku tambahan pula aktivis kemanusiaan yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla merupakan rakan yang sangat dekat dengan saya seperti Zizi Kirana dan Heliza Helmi,” katanya ketika ditemui di pelancaran lagu terbaru Akhirnya Kamu, di sini, semalam.



Tambah ibu kepada dua orang anak itu lagi, segala kerja melibatkan jenama-jenama yang dipromosikan telah diaturkan oleh pihak pengurusannya.

“Memang pihak pengurusan saya yang aturkan. Tetapi saya sudah pun berbincang dengan mereka untuk menangguhkan hantaran dalam media sosial buat sementara waktu dan mereka faham,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Bella dia sendiri sentiasa berkongsi tentang Palestin dalam media sosial tanda solidariti terhadap negara yang sedang alami krisis peperangan itu.

“Biarpun saya terikat dengan kontrak, tetapi saya masih teruskan menyebar kesedaran tentang Palestin. Saya harap satu hari nanti kita semua dapat menolong mereka sepenuhnya. Setiap orang ada cara yang berbeza, bagaimana mereka hulurkan bantuan atau sebarkan kesedaran tentang isu Palestin.

“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya sedang cuba lakukan sedaya upaya yang mampu.

“Kadang-kadang saya kasihan tengok kawan-kawan, ada yang beri bantuan tetapi dikatakan cuba menunjuk-nunjuk pula. Ada yang diam, dikatakan tidak peduli pula,” ujarnya.

Terdahulu nama Bella Astillah dan beberapa lagi selebriti popular tanah menjadi bualan hangat netizen kerana dikatakan masih galak mempromosikan jenama yang berada dalam senarai boikot.

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 7-10-2025 02:59 PM
Itu la dia.patutnya nk sign contract ko semak dulu.bukan kelabu mata tengok imbuhan. Artis luar negara pun pandai awal2 dh tolak klu produk tu tk sesuai dgn prinsip dorang
Quote kaseh80 7-10-2025 02:59 PM
Pundeksssssss
Quote MayaDelaRosa 7-10-2025 03:19 PM
Hahaha .artis lain tolak job tu. Ko saukkkkkkk. Memang kau dah tahu dah tu produk Isewel. Ttp ko hambek....Lanc***
Quote alesandra 7-10-2025 03:20 PM
Jenama international mana nyehh yg gigih sgt endorse dia ni?
Quote babelina 7-10-2025 03:20 PM
percaya ker.. bkn baru sign contract...hmmmm..
Quote MayaDelaRosa 7-10-2025 03:20 PM
Hahahaha
Quote tom2 7-10-2025 03:24 PM
Munafik
Quote Glass_shoes 7-10-2025 03:27 PM
Buat dulu, baru minta maaf..Nanti buat lagi..Lepastu minta maaf lagi
1000004201.jpg
Quote apedehal 7-10-2025 03:30 PM
Bella ni without aliff ajis siapa je la sheol..chaitt. neway netizen dlm nk boikot2 retis kita, retis korea yg endorse brand boikot tetaplah difollow jua...lololos
Quote caprisonne 7-10-2025 03:30 PM
Terpampang hokehhh iklan kat highway sg besi tu.. iklan le cremeria.. aku tgk sambil cakap kat terfikir.. "retis2 ni mmg takde sensitiviti ke??"  
Quote sharlenetexas 7-10-2025 03:49 PM
Ko senyap jelah sis.


Quote sharlenetexas 7-10-2025 03:50 PM
Yuna yg terpaling palestin tu pun promote maggi nestle. Lepas tu merempan xde job.


Quote sharlenetexas 7-10-2025 03:50 PM
Samalah jugak yg duk promote garnier tuh.


Quote prettyuglybabe 7-10-2025 04:15 PM
apa nak diharap dengan retis kelas belakang..
Quote sukacactus 7-10-2025 05:09 PM
Ignorance
Buat dl & seperti selalu say sorry and repeat
Semua offer yg dtg kena kaut ye, ahli2 ramai kat umah tu nak ditanggung
Quote miss_white 7-10-2025 05:13 PM
Zaman kejatuhan bella sudah sampai.
Quote Joysparta 7-10-2025 05:25 PM
Kemek
Quote ejans 7-10-2025 05:32 PM
apedehal replied at 7-10-2025 03:30 PM
Bella ni without aliff ajis siapa je la sheol..chaitt. neway netizen dlm nk boikot2 retis kita, reti ...

Tu yg dok menghimpit ss..
Mmg perlu ada jantan disamping dia kot
Bakat tadaa
Quote brainbiru 7-10-2025 05:33 PM
Pengakuan diri dia sendiri satu ketika dulu "KITA BUAT DULU, BARU MINTA MAAF"
so ini yg dia sedang lakukan skrg [youtube]IBfqAPK3n88?si=p18OGhQ7LCSPewqZ[/youtube]

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.094617 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top