CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Talk To My Manager (TTMM) : Mikrofon kena ‘mute’, AC Mizal tak terasa hati

10-9-2025 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1896| Komen: 11

 


Juri tetap program Talk To My Manager (TTMM), Datuk AC Mizal akui tidak terasa hati apabila mikrofonnya dibisukan (mute) atas permintaan ibu kepada dua peserta iaitu Ina Naim dan Sharifah Zarina.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 54, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada format TTMM, dan dia harus akur.

“Saya tidak terasa dengan mereka. Inilah permainan program ini. Mungkin saya akan tinggalkan saja kumpulan WhatsApp itu,” katanya berseloroh ketika ditemui sejurus tamat konsert minggu ketiga, malam tadi.

Ina Naim menjadi ‘manager’ pertama yang berani ‘mute’ mikrofon pengkritik. Kemudian diikuti dengan Sharifah Zarina yang sebelum ini mendapat kritikan pedas daripada AC selama dua minggu berturut-turut.

Diminta untuk mengulas tentang persembahan dua anak selebriti tersebut, kata AC minggu ini sebenarnya dia ingin memberikan pujian kerana kedua-dua peserta menunjukkan peningkatan.


“Anak Ina Naim (Hadie) menunjukkan perbezaan yang nyata daripada persembahan sebelum ini.

“Saya nak cakap saya sebenarnya peminat kumpulan Masdo. Suara Hadie memang kena dengan genre begini (Pop 60-an).

“Anak Sharifah Zarina (Athalia) juga menunjukkan perubahan yang sangat nyata. Mungkin rock adalah genre dia,” jelasnya.

Pada konsert minggu ketiga yang bertemakan ‘rebranding’, Hadie menyampaikan lagu Oh Fatimah dedangan asal A. Ramlie, manakala Athalia pula mendendangkan lagu Akan Ku Tunggu daripada kumpulan Candy.

Malangnya kedua-dua peserta itu mendapat markah tercorot dan kemudian hos iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi mengumumkan Hadie dan Ina Naim menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Namun di penghujung rancangan, Aznil sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan tiada penyingkiran di minggu ketiga.

Minggu hadapan, kesemua lapan peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu duet bersama artis undangan. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 10-9-2025 08:47 PM
suara mostly so-so aje
best lagi tgk talent d AGT
itulah rezeki deme dapat ibu/bapa artis
Quote alesandra 10-9-2025 08:59 PM
Bodoh je  mute ac neh.ujung2 bottom 3.setakat ac pun x sanggup dengar xyah jadi retis laa.
Quote MissYouSayang 10-9-2025 09:01 PM
Setakat ac punya komen pon nak koyak ke..iols suke je dgr heshe komen psl report card manager tu...bosan la asik dgr  komen psl nyanyi2 n persembahan jerk
Quote kaseh80 11-9-2025 08:37 AM
Relevan ke lagi atuk ni?
Quote mamajawie 11-9-2025 09:59 AM
Kedua2 mak gampang ni x payah la nk mute kan mic juri.. tu maknanya anak korang x layak nk jadi retis.. talk to my foot kekdahnya
Quote KikiHadid 11-9-2025 10:07 AM
Cekangnya kulit tok ac..terlebih tarik ke
Quote hayrin86 11-9-2025 10:19 AM
gekkou replied at 10-9-2025 08:47 PM
suara mostly so-so aje
best lagi tgk talent d AGT
itulah rezeki deme dapat ibu/bapa artis

Semua peserta rancangan ini kan? Mujur hanya guna Njoi aje..

Quote Isninselasarabu 11-9-2025 10:20 AM
Ceh ac nk komen bebudak berie... Ce org komen anak kesayangan die.. kang jap lagi ac buat presss konperens nangis nangis.. haiyoo
Quote gekkou 11-9-2025 07:16 PM
hayrin86 replied at 11-9-2025 10:19 AM
Semua peserta rancangan ini kan? Mujur hanya guna Njoi aje..

tengok kat youtube saja
ada je astro ni tepek video deme2 ni perform
meols kat rumah, tv pun tiada ha
Quote LembingDayanti 11-9-2025 09:55 PM
walaupun aku mmg tak minat ac mizal tapi konsep mutekan mic ni ntah hapa2. dengar je la org komen. bukannya ac serious mcm tok ram pun.
Quote hayrin86 12-9-2025 09:05 AM
gekkou replied at 11-9-2025 07:16 PM
tengok kat youtube saja
ada je astro ni tepek video deme2 ni perform
meols kat rumah, tv pun tiada ...

O begitu, tapi WiFi kelajuan tinggi 100mbps atau juga ke atas ada pasang tak? Kalau Njoi takyah bayar bebulan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033897 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top