CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tidak akan berkahwin esok – Nora Danish

8-9-2025 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3956| Komen: 35

 



Pelakon sensasi, Nora Danish menafikan dakwaan kononnya bakal berkahwin esok dengan lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 43, menjelaskan situasi sebenar mengenai gosip yang semakin hangat diperkatakan itu.


“Ramai tertanya-tanya tentang gambar dan berita hang viral. Saya ingin jelaskan saya tidak akan berkahwin esok.

“Gambar atau video yang menjadi viral itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran kempen sebuah jenama. Ia tiada kena mengena secara peribadi dengan saya.

“Saya sangat menghargai segala doa dan perhatian daripada kalian. Saya harap kenyataan ini dapat bersihkan segala salah faham yang berlaku. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. Sayang semua,” tulisnya.

Terdahulu tular dalam media sosial foto serta video lelaki yang digosipkan bercinta dengan Nora menggayakan sepasang Baju Melayu berwarna putih seakan pengantin.

Turut dikongsikan adalah kad jemputan yang tertera huruf M dan N beserta tarikh 8 September 2025 sekali gus mencetuskan spekulasi pasangan ini bakal menamatkan zaman solo masing-masing esok (Isnin).

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 8-9-2025 04:14 PM
Tak esok bila pulak

Quote alesandra 8-9-2025 04:28 PM
elehhh kot dia kawen  pun apa yg org lain luak??sibuk betul
Quote JahLupa 8-9-2025 05:46 PM
Bio le dia nak kawen pun
Quote MatDeghem 8-9-2025 06:58 PM
[youtube]tw9AzdRucWM?si=hXlUYzWc5jfYNcoW[/youtube]



Quote I.K.A888990 8-9-2025 07:05 PM
disebabkan kopiah putih tu ramai gak buat parodi ni kat TT
Quote bedahmenjuyah 8-9-2025 07:36 PM
Duda yg lain dah confirm nikah weekend ni. Tahniah
Quote primarikey 8-9-2025 07:57 PM
Dh iras ramlah ram plak nd skrg
Quote L.U.S.M 8-9-2025 10:40 PM
Lain org yang gimmick lain org yang kawen.hahaha
Quote Dejakerr 8-9-2025 11:01 PM
Kalo ikutkn mcm sejarah gimik faao sblm ni tuh, dorg ni pn mcm bakal kawen jgk, cuma tarikh je bkn yg digimikkan.. hahaha.. apa pn, tgk je la nnti²...
Quote dua_chzy 8-9-2025 11:01 PM
Macam nak jadi Anita Sarawak pula kau pose muka gitu.
Quote dua_chzy 9-9-2025 12:25 AM
1000077548.jpg

Ex sudah marah ooo...
Quote babynina30 9-9-2025 12:53 AM
dua_chzy replied at 9-9-2025 12:25 AM
Ex sudah marah ooo...

Ex maseh sinta ?
Quote katakauu 9-9-2025 01:20 AM
babynina30 replied at 9-9-2025 12:53 AM
Ex maseh sinta ?

exx maseh mencobaaa terus mencobaaaaaa skali kt thread ada yg komen suh xx berubah heheheh
Quote dua_chzy 9-9-2025 01:32 AM
babynina30 replied at 8-9-2025 04:53 PM
Ex maseh sinta ?

Sudah terang lagik bersilau gitu.
Quote kaedahnya 9-9-2025 07:34 AM
Ned ni menaip pakai AI ke apa?
Quote KamikuP 9-9-2025 09:09 AM
mAsih ada rasa shinta lagi kah? ekekeke
Quote afie_m 9-9-2025 11:14 AM
masih sayang tu, cuma ialah gimmick macam ni dah biasalah..
Quote LembingDayanti 9-9-2025 11:24 AM
Alaaaa sian Bossned... walaupun tak handsome tapi ala kesiannya Bossned (
Quote SalenaGomez 9-9-2025 11:25 AM
ND nampak berisi ek

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.119163 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top