CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sampai masa, tiada siapa dapat bantu awak – Marissa Dania

8-9-2025 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6148| Komen: 45

 


Enggan membiarkan maruah diri terus dipijak, pempengaruh Marissa Dania Hakim dipercayai mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang menyebarkan kebencian terhadapnya dalam media sosial.

Perkara tersebut dikongsikan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu menerusi paparan notis saman bersama tangkap layar pengikut tiktoknya.

Apabila sudah sampai masa, tiada siapa yang akan dapat bantu awak, tidak seorang pun,” tulisnya dalam InstaStory.

Menerusi pendedahan itu, antara kenyataan tidak berasas yang dilemparkan adalah kononnya wanita berusia 20 tahun itu melakukan penipuan mengenai kehamilan.

Individu tersebut juga berkongsi gambar terbaharu Marissa dalam TikTok dengan bertegas menafikan pempengaruh itu berbadan dua.

Begitu sahaja peminat dia diperdaya. Idola kau suka duduk senget, ‘Delusional’ sangat,” tulis individu terbabit.


Rentetan perkongsian tersebut, hal kehamilan Marissa berpanjangan apabila pengguna akaun lain turut meninggalkan komen.

Justeru, Marissa yang berstatus isteri kedua kepada pempengaruh Ahmad Aslam menggunakan saluran undang-undang bagi membersihkan nama.

Terdahulu, sekitar April lalu Marissa dikatakan hamil apabila tubuhnya tampak berisi namun tiada sebarang pengesahan daripadanya.

Pada Ogos tahun lalu, wanita terbabit dilaporkan kehilangan anak sulungnya yang dilahirkan pra-matang ketika kandungan berusia enam bulan.

Marissa mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam pada Disember 2023 – HIBGLAM
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekselen 8-9-2025 04:05 PM
netizen takdok keja carik penyakit... adan uke
Quote marchikobonzo 8-9-2025 04:23 PM
Bosan la cite pasal budak ni, dia bukan retis pun
Quote jalfa 8-9-2025 04:32 PM
Padan muka netizen bengap sibuk sangat.
Quote MsIda 8-9-2025 04:42 PM
Alahai bosannyayyy cite dia ni...
Quote joy_ah 8-9-2025 04:44 PM
ada ke duitnye tu
Quote DeLuna85 8-9-2025 05:17 PM
Tapi dia ni sesuai sangat pakai brown
Quote Akalditipumata 8-9-2025 05:49 PM
Cntik. Tp syg.......kehadiran kekasih lamamu.. dtg kembali ...........
Quote noor2 8-9-2025 10:27 PM
Apasal la benci sgt pada seseorang yg x kenal kita pun..nk komen sikit2 negative yg kita rasa artis tu x ok perangai boleh la..ni nk membenci sgt2 tu maknanya ko tu ada penyakit MENTAL..GILA..apa ke bodoh gila nk membenci artis yg x kenal kita keterlaluan..
Quote Lampuled 8-9-2025 10:58 PM
Lawa dia ni ada rupa. Kalau polish pembawakan diri, sambung belajar ada kelulusan tinggi sikit dh boleh jd pengacara atau pembaca berita. Boleh la jd mcm normala samsudin.
Quote dua_chzy 8-9-2025 11:01 PM
Abby dah post status mengundang tadi. Rasanya refer pada Aslam.
Quote Mimo.mimo 8-9-2025 11:04 PM
dua_chzy replied at 8-9-2025 11:01 PM
Abby dah post status mengundang tadi. Rasanya refer pada Aslam.

Dia macam taksuka betul dengan menantu
Quote dua_chzy 8-9-2025 11:08 PM
Mimo.mimo replied at 8-9-2025 03:04 PM
Dia macam taksuka betul dengan menantu


Dah menantu hantu bewak makan duit bini @ anak Abby (merujuk pada post tu). Selayaknya Abby benci.
Quote cikus 9-9-2025 03:30 PM
Biniey grab bersuara...
Quote Kaktusmati 9-9-2025 03:47 PM
cantiknya markisah di atas.. tapi perangai haukk.. sorry
Quote L.U.S.M 9-9-2025 03:49 PM
Mak dgn ank ni xde Whatsapp n HP number ke..semua benda nk posting kat socmed..Oi kami xkisah la dgn ank ko ni...dh kawen lari..bakat xde..jgn memekak just sbb ko terpaling sayang ank


Netizen busy la..ada retis nk kawen..so bekyah sila ketepi
Quote TomyamPuteh 9-9-2025 06:29 PM
Tp Baayah dh deny dlm thread pos dia tu bkn utk menantu hantu dia
Quote royaldanish 9-9-2025 07:00 PM
lawa ko dek patutnya nak jadi no2 cari old money dek mcm si nazihah tu
Quote pakletop 9-9-2025 07:09 PM
Muka lawa tapi tak tahu la kot2 kat luar just plain Jane. Tak de Siapa perasan. Mungkin kurus. Mungkin rendah. Tak ada wow factor
Quote TeropongThaico 9-9-2025 07:16 PM
Tu le kalau suka ke benci ke jgn over
Takde pekdah pun selagi tak terkait secara langsung dgn Kita
Kannn tak memasal nak kena saman

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.091637 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top