CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tertuduh didapati mempunyai penyakit skizofrenia" - Wanita cuba dekati Sultan Nazrin diarah jalani pemeriksaan psikiatri

8-9-2025 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2009| Komen: 2

 


IPOH – Seorang wanita yang menghadapi pertuduhan melakukan kekerasan jenayah ke atas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 31 Ogos lalu, diarahkan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan.

Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan mengeluarkan arahan tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abdul Ghani ke atas tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41.

Nasrul Hadi mengemukakan permohonan tersebut mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Pada peringkat ini, pihak pendakwaan mohon agar tiada pengakuan diambil kerana berdasarkan pemeriksaan awal, tertuduh didapati mempunyai penyakit skizofrenia.

“Sehubungan itu, satu perintah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dipohon bagi mendapatkan laporan perubatan lanjut berkaitan diagnosis penyakit itu selain status kewarasan tertuduh sama ada pengakuan boleh diambil daripada wanita terbabit dan dia boleh dibicarakan,” katanya.


Terdahulu, Nurhaswani Afni yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M. Saravanan didakwa telah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin di hadapan bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di dalam daerah Kinta pada pukul 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya. Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan daripada wanita itu.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote royaldanish 10-9-2025 07:43 AM
Hannah Yeo x nak serap dia ni ke? letak acara 100m
Quote TOPwind 10-9-2025 08:27 AM
royaldanish replied at 10-9-2025 07:43 AM
Hannah Yeo x nak serap dia ni ke? letak acara 100m

Hannah  tak ambik melayu

dia ambil asal India je atau China

sbb dia asal sana juga.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.030322 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top