CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna teknologi AI, dron pantau kebersihan taman awam - Nga Kor Ming

8-9-2025 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1922| Komen: 12

 


KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan penggunaan teknologi kecerdasan (AI) dan dron oleh Pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memantau taman awam.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, Malaysia sedang menuju ke arah tersebut dalam memantau kebersihan serta kerosakan pada taman awam, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan sekali gus.

“PBT ada tiga peringkat iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah.

“Kita akan mengoptimumkan segala sumber sedia ada kerana hal kebersihan tidak akan dikompromi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rosni Sohar pada sidang Dewan Negara hari ini.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa, Kor Ming berkata, KPKT menyasarkan impian pembinaan 1,000 Taman Rekreasi Madani (TRM) dalam tempoh 10 tahun yang bersamaan 100 Taman Madani setahun.


Menurut beliau, tahun lalu 109 TRM berjaya diwujudkan dan KPKT yakin sasaran tahun ini juga melepasi sasaran menjadikan sebanyak 216 TRM dijangka dapat dibina dalam tempoh dua tahun sahaja.

“Kita libatkan pihak swasta juga. Kita bersama-sama jayakan agenda jadikan Malaysia negara taman terindah di dunia. Peruntukan akan kita salurkan mengikut kemampuan kewangan negara, cuma kadangkala kurang mencukupi,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 8-9-2025 02:56 PM
“Kita akan mengoptimumkan segala sumber sedia ada kerana hal kebersihan tidak akan dikompromi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rosni Sohar pada sidang Dewan Negara hari ini.

- Pergi pantau kedai bangla rohingya jual sembelih ayam tepi longkang lah. Bela ayam dalam tempat sampah, dalam jamban. Tak nampak ka?
Quote pokokmeranti 8-9-2025 03:53 PM
pastikan pengendali dron ada lesen ye.....
Quote FOTHER-MUCKER 8-9-2025 05:11 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-9-2025 01:12 AM

Baguslah tapi jangan lupa pantau manusia jenis ini...Saya tak kisah pasal petrol

[youtube]wx966o-V-tE[/youtube]

Quote ultra78 9-9-2025 08:03 AM
Tak boleh ke pegawai sendiri turun buat tinjauan? Selama kini tiada orang ke yg buat kerja tu? Kenapa berharap kepada gadjet semata? Jangan jadi mcm indonesia. Berbelanja besar utk beli robot anjing dan robot humanoid tapi tak tahu diguna untuk apa. Ada tak nampak humanoid robot tu kawal penunjuk perasaan baru-baru ni? Tak juga.
Quote TeropongThaico 9-9-2025 02:51 PM
Suruh staff je la. Arahkan diarg alert setiap masa tak yah le tunggu laporan baru buat. Kot boss2 nampak msh kotor mmg nampak sgt la staff maleh nak buat kerja
Cara mudah free2 ada nak gak cara yg mengabihkan fulus. Lg baik peruntukkan utk  itu gunakan utk tambah baikkan lg kawasan sekitar
Quote silance 9-9-2025 07:43 PM
Bideo untuk Koming dan nenek bandar.

[youtube]t9Tci1eLOhU[/youtube]

Kalu tempat tu banjir bayangkan air campur darah ayam, taik ayam, bulu ayam, usus ayam dari dalam longkang naik mengalir masuk rumah orang.  
Quote TOPwind 10-9-2025 08:36 AM
CCTV lagi efektif

kebodohan terpangpang besar.
Quote nw111 10-9-2025 12:18 PM
Dia ni dr last year dok buat mcm2 prog..satu tu aku tak dengar dh berjalan..yg denda buang sampah merata tu pun mcm takde apa je..
Quote D3mynds 10-9-2025 06:19 PM
Visit Here: https://delhi.craigslist.org/cps/d/result-driven-b2b-lead-generation/7880143072.html
Quote cmf_premierleag 10-9-2025 06:29 PM
Guna skali drone tentera
Kalo nmpk ada yg berniaga pacak gerai atas pejalan kaki, tembak je terus dgn peluru berpandu
Quote TOPwind 11-9-2025 08:17 AM
nama dia nga Pekong man
Quote s@s@ 11-9-2025 10:10 AM
bunyi macam projek baru $$$

mentang2 mykiosk da setel

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.037546 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top