CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembilan direman tujuh hari susulan kes penemuan mayat dalam kenderaan suspek tembak polis

8-9-2025 02:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2490| Komen: 3

 


IPOH – Sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan suspek yang menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai semalam, direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah ke atas suspek berusia antara 30 hingga 70 tahun itu dalam prosiding yang dijalankan di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, kesemua suspek dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum proses permohonan reman selesai kira-kira setengah jam kemudian.

Difahamkan, siasatan ke atas seorang suspek wanita dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala lapan suspek lelaki pula akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menerusi laporan media semalam, enam termasuk seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dalam kenderaan lelaki yang menikam dan menembak seorang anggota polis.


Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, seorang anggota polis cedera selepas ditikam dan ditembak seorang lelaki ketika menjalankan tugasan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan Simpang Pulai.

Pemeriksaan pada kenderaan dipandu suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan manakala suspek melarikan diri bersama pistol milik pasukan.

Proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 62 tahun itu mendapati punca kematian mangsa akibat kelemasan.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-9-2025 09:57 PM
@B40tastePosh dapat kenal pastikah pokok dalam gambar tu. Nmpk satu tu mcm pokok balik angin. Yang berdaun sebelah kiri tu tak cam pokok apa.


Quote B40tastePosh 11-9-2025 01:03 AM
sharlenetexas replied at 8-9-2025 09:57 PM
@B40tastePosh dapat kenal pastikah pokok dalam gambar tu. Nmpk satu tu mcm pokok balik angin. Yang b ...

Pokok Mahang tu.
Quote dusunmind 24-9-2025 09:10 AM
ada kegunaan nya apa ya?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2026 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.274156 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top