|
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki memberi pelbagai alasan termasuk mahu berjumpa dengan anak ketika ditangkap khalwat di rumah bekas isterinya di Kempas, di sini awal pagi tadi. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu turut memberi alasan meminta bekas isterinya mencuci pakaian selain tumpang makan malam ketika dicekup pada pukul 1 pagi. JAINJ memaklumkan, pihaknya mendapat aduan daripada orang awam tentang pasangan tersebut sebelum bergegas membuat pemeriksaan. “Pemeriksaan penguat kuasa JAINJ menemui seorang wanita dan lelaki berusia 30-an dalam rumah sama. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan sudah bercerai talak satu setahun yang lalu. “Turut ditemui dalam rumah adalah seorang anak yang sudah besar. Apabila ditanya apa tujuan datang, lelaki itu mengatakan minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam selain nak jenguk anak,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan JAINJ, penguat kuasa terbabit turut menasihatkan pasangan berkenaan segera menikah semula setelah dimaklumkan sering kali bertemu di rumah tersebut. Katanya, lelaki tersebut memberitahu tidak mahu merujuk semula pada awalnya namun selepas tamat tempoh edah, mereka berdamai dan kembali suka antara satu sama lain. Pihaknya kemudian dimaklumkan pasangan tersebut semakin rapat dan lelaki itu dimaklumkan kerap berkunjung ke rumah bekas isterinya. “Apabila datang ke pejabat kadi, pegawai kata dah habis edah dan tak boleh rujuk lagi. Kalau nak nikah semula, kena buat proses biasa termasuk cari wali. “Masalah timbul apabila lelaki berkenaan bergaduh dengan abang bekas isterinya yang sebelum ini merupakan wali bagi pihak wanita itu dan sehingga kini tidak bertegur sapa,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |



cap_ayam replied at 4-9-2025 06:29 PM
Status janda perlu wali ke?

krustykrab replied at 4-9-2025 08:21 PM
Kena.
Sb tu la bila wanita mati laki, nafkah dia jatuh ke atas wali2 dia semula.
Tapi kat malaysia ...
cap_ayam replied at 4-9-2025 08:59 PM
Ok thanks.. kaka pun dah gugel mufti wilayah mmg waniter dalam apa jua keadaan mesti ada wali nya.

tumpanglalu74 replied at 4-9-2025 06:18 PM
Aku lagi gelak gulen2 bila bace hukom rujok.. Ape la bezenye 4 bulan ke 4 taon ke kalo udah burit t ...

cap_ayam replied at 4-9-2025 06:29 PM
Status janda perlu wali ke?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-6-2026 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.502805 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.