CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Beri Pesanan, Minta Wanita Jauhi Lelaki Rela Jadi ‘Suri Rumah’

4-9-2025 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3532| Komen: 22

 


Pelakon Nad Zainal berpendapat lelaki yang bergantung harap kepada isteri yang bergaji besar serta rela menjadi ‘house husband’ perlu dielakkan oleh para wanita.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nad berkata lelaki tersebut menunjukkan mereka jenis malas bekerja dan jika mereka tidak berbuat demikian apa fungsi sebagai suami.

“Isteri aku okey sahaja, gaji dia pun banyak. Atau ayat seperti ‘eh dia dah janji masa awal kahwin, jadi saha ‘house husband’, jauhi lelaki begini.

“Kalau dah malas itu cakap sajalah. Isterilah kerja, isteri mengandung, cuti isteri masak, isteri bayar bil hospital beranak, jadi apa fungsi suami? Bab agama pun cetek, kewangan lagilah,lari sahajalah ya. Itu saja nak pesan,”katanya.

Bagaimanapun, Nad berkata situasi tersebut berbeza jika suami dibuang kerja serta hilang sumber pendapatan serta berdepan masalah kesihatan.


“Akan tetapi, kalau suami pernah bekerja, tetapi dibuang kerja, atau ada masalah kesihatan, janganlah dibuang pula suami itu. Ini kes berbeza tahu,” katanya.

Sebelum ini, Nad berkongsi sebuah video daripada seorang imam terkemuka di Kanada, Shaykh Rasoul, yang menyentuh mengenai peranan lelaki di media sosial.

Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 4-9-2025 10:55 PM
Mcm mana plak dgn org yg suka crowd fund,kena jauhi ke kita patut ludah?
Quote slyfynx 4-9-2025 11:17 PM
Yg "laki" mintak derma untuk "isteri orang" mase org tu sakit kategori ape lak ye?
Yang konon gile2 sakit pastu la ni mcm xde ape tu pulak cemane?
Quote mawarberbisa 4-9-2025 11:23 PM
apapun yg keluar dari mulut nad jenal dan suami gundu nya, pada aku semuanya sampah

sampai skrg takde siapa yg tahu dulu dia sakit apa sbenarnya? betul ke sakit? apa amalan dia bila keluar hospital tu mcm terus sihat takde apa2 jadi? dulu katanya sakit mcm hujung nyawa sgt dengarnya
Quote Carcosa 5-9-2025 02:05 PM
Mcmana pulak dgn jantan yg acah2 buat travelog dgn bini org or janda dlm edah, ke oversea bagai??
Eh Nad Kangkang, apa je statement acah2 bagus ko, kami acik2 porom takkan lupa yach segala onar yg ko bikin. Toksahla berangan kau A sangat. Ko tu sampah jah. Kengkawan ko semua lari dari engkau. Kesan kena kencing hancing ko masa acah2 terpaling koma.
Quote likilu 5-9-2025 02:43 PM
Acik forum tak lupa apa yg awak timbulkan kesangsian drama bersiri tu

Tapi yg I musykil macam mana dia tgk cermin, kita yg tengok gambar je pun tak jumpa rupa nad zainal yg original
Quote Buritan 5-9-2025 02:44 PM
Carcosa replied at 5-9-2025 02:05 PM
Mcmana pulak dgn jantan yg acah2 buat travelog dgn bini org or janda dlm edah, ke oversea bagai??
Eh ...

Sebenonya dia sakit ape dulu.. takkan seko pun tak tau.. laki dia etc etc
Quote Mekgadis16 5-9-2025 04:05 PM
likilu replied at 5-9-2025 02:43 PM
Acik forum tak lupa apa yg awak timbulkan kesangsian drama bersiri tu

Tapi yg I musykil macam mana  ...

Ye doh! Aku kalau ada keluar muka dia ni sekarang kalau takde nama memang aku tak tahu sape
Quote Prickford 5-9-2025 04:22 PM
kenapa tiba2 je sheolls ada keluar statement gini? tengah cakap kat husband kepam sheolls tapi melalui statement ni ke?
Quote makneng 5-9-2025 06:06 PM
Lupa sheolls ni celeburiti kat msia ni. Sendu betholl she skrg.
Quote Perawankota 5-9-2025 06:17 PM
Dia nk ckp pasal ex hb ke
Quote Perawankota 5-9-2025 06:17 PM
Dia nk ckp pasal ex hb ke
Quote EncikRhoma 5-9-2025 08:52 PM
Dia dah berbaik ke dengan nabila huda?
Quote Cekgushilla 5-9-2025 08:53 PM
Prickford replied at 5-9-2025 04:22 PM
kenapa tiba2 je sheolls ada keluar statement gini? tengah cakap kat husband kepam sheolls tapi melal ...

Dia bukan batak ke dpt kawen dgn hsbnd skrg
Lulusan luar negara pandai coding apps utk pelajaran anak2
Quote dua_chzy 5-9-2025 08:56 PM
Mohon Nad Zainal acah bagus baca thread ni dan ambil iktibar dari komen2 forumer.
Quote kaedahnya 6-9-2025 03:17 PM
Cer dia, Ko perli siapa cik Kak?
Quote sukacactus 6-9-2025 03:29 PM
Ada ke yg nak dgr nasihat pompuan terpaling ni
Quote cm_vungtau 6-9-2025 04:04 PM
Dulu iols pikir camni juga tapi househusband laki ko tak sama dengan househusband laki orang lain. Ada yang ada family business or trust fund. Ada juga yang investment real estate turun temurun dalam family
Quote bayan_nuri 6-9-2025 04:42 PM
ingat lagi dalam benang dia sakit terpaling kritikal tu, porumer2 penyembah dia kemain sedih kemain meratap kemain meratib nanad nanad nanad, nanad ke hulu nanad ke hilir

sekarang mana pergi penyembah2 sheols, dah melingkup jahanam ke mana dah
Quote kmbg 6-9-2025 08:43 PM
Dia ada nampak gak berlakon yg laki tu lama xnampak berlakon focus buat apps je ke..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2026 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047010 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top