|
Penyanyi Yuna hilang ribuan pengikut termasuk tawaran persembahan di luar negara susulan lantang bersuara tanda sokongan terhadap Palestin. Menerusi perkongsian di Insta Story, Yuna berkata dia mula menyedari perubahan itu sejak dia berkongsikan mengenai kekejaman di G4Z4. Saya tahu ini sukar, tetapi saya ada di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat ramai yang mempunyai jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita semua sedang menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata. “Sejak saya mula berkongsi kandungan mengenai tembikai, saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri. “Saya hilang kawan, tidak lagi menerima undangan persembahan di luar negara dan kehilangan lebih 4,000 pengikut,” luahnya. Sementara itu, Yuna berkata meskipun berdepan ujian berkenaan namun dia tetap positif dan berharap agar semua yang berlaku berada dalam keadaan baik.
“Ada hari saya rasa sangat teruk, ada hari seolah masih ada harapan. Kadang-kadang terasa sukar apabila orang yang saya bekerjasama berpura-pura tiada apa berlaku, seolah genosid itu bukan realiti. “Ada hari saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap ada. Dengan jiwa yang masih kuat, saya tahu semuanya akan baik-baik saja,” katanya. Sumber: BH Online, Rotikaya |
cm_vungtau replied at 22-9-2025 07:52 PM
Aku tak rasa sebab Palestine. Memang takde orang minat dia. Si Joe Alwyn tu lepas break up dengan Ta ...





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-3-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053808 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.