|
Bintang bola sepak Harimau Malaya, Faisal Halim masih menyimpan rasa kasih terhadap isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, serta berharap rumah tangga mereka dapat diselamatkan. Memetik Harian Metro, peguam mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin berkata anak guamnya terpaksa meneruskan proses penceraian selepas isterinya memfailkan kes ke mahkamah. “Faisal masih sayangkan isteri dan rumah tangganya. Jika diikutkan, bukan Faisal mahu lafazkan cerai namun bila isterinya failkan kes ke mahkamah terpaksalah Faisal selesaikannya mengikut saluran terbabit. “Difahamkan, Faisal pernah melafazkan ceraikan pada 15 Jun dan rujuk semula sehari kemudian. “Kita perlu selesaikan perkara itu (lafaz talak luar mahkamah) sebelum beralih ke kes terbaharu yang difailkan isterinya,” katanya. Sementara itu, Akberdin berkata pergolakan rumah tangga Faisal tidak pernah berpunca daripada populariti atau kesibukan sebagai pemain bola sepak.
“Bukan disebabkan populariti atau kesibukan sebagai pemain bola menyebabkan rumah tangga Faisal bergolak kerana sebagai isteri mesti suka apabila suaminya popular. “Seperti yang difailkan oleh isterinya adalah disebabkan tiada persefahaman antara mereka menyebabkan kes difailkan ke mahkamah,” katanya. Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki. Sumber: Harian Metro, Rotikaya |
Friska replied at 4-9-2025 05:15 PM
Makanya nikahi wanita Indonesia aja, khususnya dari Sumatera.
Silahkan disimak apa kata ahli:
sebagai isteri mesti suka apabila suaminya popular.
Samerosie replied at 5-9-2025 12:19 AM
Kalau dah pernah cerai sebelum ni and now nak cerai lagi tak payah nak pertahan sebab nanti tahun de ...
muka mcm longkang pecah , poket penuh pun tarapa..


, ada cuma jarang2 didengo unless sendiri canang 
L.U.S.M replied at 4-9-2025 10:17 PM
Laaa br lg kawen keeee...ingatkn dh lebih 10tahun

Friska: Makanya nikahi wanita Indonesi ...
L.U.S.M replied at 5-9-2025 06:21 AM
Tak payah kajian sgtla
Ni ha real story yang dilakonkan semula oleh syukri yahya terlebih yis
Jant ...













Purplehaz replied at 4-9-2025 10:12 PM
Byk kes...Sebelum kawin saling syg faham memahami, tp bila dah kawin tiada persefahaman pulak, tak f ...
Samerosie replied at 5-9-2025 08:19 AM
Kalau dah pernah cerai sebelum ni and now nak cerai lagi tak payah nak pertahan sebab nanti tahun de ...
Kitty_catz replied at 5-9-2025 08:36 AM
baran kut memasing.. hat bini duk pressure2, tok laki sanggap senang lafaz
ulang2 la 3 kali.. lep ...


L.U.S.M replied at 5-9-2025 06:21 AM
Tak payah kajian sgtla
Ni ha real story yang dilakonkan semula oleh syukri yahya terlebih yis
Jant ...

becir replied at 5-9-2025 07:19 AM
faisal ni mental kot. dah cerai sibuk nak baik balik, bukan first time pun lafaz
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-5-2026 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.228880 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.