CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bela Rambut Panjang Untuk Filem, Aedy Ashaf Buat Ramai Wanita Cair

3-9-2025 02:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2826| Komen: 26

 


Penampilan pelakon Aedy Ashraf menjadi perhatian ramai apabila dilihat berambut panjang sehingga ramai peminat yang cair dengan imej terbarunya.

Memetik Oh Bulan, Aedy berkata imej terbarunya itu adalah demi watak dalam sebuah filem aksi yang bakal dibintanginya.


Lebih istimewa, karya tersebut adalah filem pertama yang diarahkan sendiri olehnya yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

“Gaya rambut ini adalah untuk projek terbaharu saya, untuk sebuah filem bergenre aksi. Filem itu juga merupakan filem pertama yang saya arahkan sendiri buat pertama kali sepanjang hidup.


“Tidak hanya mengarahkan, tetapi juga berlakon dalam naskhah itu. Saya teruja dan dalam masa sama gemuruh,” katanya.

Sementara itu, Aedy berkata dia mengambil masa setahun untuk rambutnya panjang, namun ini bukan pertama kali dia membela sehingga panjang.

“Untuk dapatkan panjang rambut yang begini, saya bela dalam tempoh lebih kurang setahun. Saya pernah bela rambut panjang sebelum ini dan kali ini merupakan kali kedua saya bela panjang,” katanya.


Sumber: Oh Bulan, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 3-9-2025 03:05 PM
nasib utk filem sbb nampak tak sesuai betul dgn dia.
semalam event nivea tu mcm nampak kepala dia terlalu besar lah pulak
Quote Perawankota 3-9-2025 03:21 PM
Aku suka yg time dia rambut lurus panjang dulu tu.. tu nmpk kacak
Quote jihyomelly 3-9-2025 03:46 PM
dah dewasa ko dik..dulu tgk ko berlakon budak2 lagi..
Quote Kancilkering 3-9-2025 03:47 PM
keli
new look
wowzer
Quote Dejakerr 3-9-2025 04:18 PM
Teringat tentang bulan je kalo tgk dia nih... kekanak je time tuh.. cepat masa berlalu
Quote supernaturalee 3-9-2025 04:38 PM
Dejakerr replied at 3-9-2025 04:18 PM
Teringat tentang bulan je kalo tgk dia nih... kekanak je time tuh.. cepat masa berlalu

nama watak, mawi

masa tgh werldddd

sampaikan nama watak filem pun ambik


good thing ramai yg masih ingat filem tu; almost 2 decade

btw gmbr pakai spek nmpk mcm hazama


Quote heythere123 3-9-2025 05:11 PM
keli makin lama nampak makin busuk.

mungkin sebab gaya hidup bebas sangat kot, aura dah makin malap
Quote Dejakerr 3-9-2025 05:25 PM
supernaturalee replied at 3-9-2025 04:38 PM
nama watak, mawi

masa tgh werldddd

Ohh ya kaaa..
x tau lak sbb worlddd tuh yg jd watak pn amik nama tuh.. ni baru ketahuan..
Hahaha.. tp, mmg fenomena lah worldddd time tu..
Quote caprisonne 3-9-2025 05:38 PM
Aedy ni paling sepadan dgn puteri balqis je. Senyuman sama.
Quote Reira77 3-9-2025 07:01 PM
Nampak mcm puteri balqis
Quote innocentsangat 3-9-2025 07:28 PM
Balqis's twin.
Quote mawarberbisa 3-9-2025 09:25 PM
sampai skrg dok terpikir knapa la keli putus dgn ame. sebab agama ke. sbb nampak keli sayang benar kat ame
Quote Enola 3-9-2025 09:57 PM
Ingatkan Jamal Abdillah tadi
Quote sukanyanyi 3-9-2025 10:53 PM
heythere123 replied at 3-9-2025 05:11 PM
keli makin lama nampak makin busuk.

mungkin sebab gaya hidup bebas sangat kot, aura dah makin mala ...

Ahah, funny, coz meols pon tgh pikir org mcm heols brape S line dia.. mase dgn ame npk mcm baik lg.. meliar sbb frust ke mcmne tu?
Quote sukanyanyi 3-9-2025 10:54 PM
mawarberbisa replied at 3-9-2025 09:25 PM
sampai skrg dok terpikir knapa la keli putus dgn ame. sebab agama ke. sbb nampak keli sayang benar k ...

Meols speku ame yg rase edi is not gud enuf for her? Hahah padahal dua2 mcm same je..
Quote heythere123 4-9-2025 09:22 AM
sukanyanyi replied at 3-9-2025 10:53 PM
Ahah, funny, coz meols pon tgh pikir org mcm heols brape S line dia.. mase dgn ame npk mcm baik lg ...

ahahhaha b4 dengan ame pon memang heols dah ligat agaknya kalau s-line tu wujud dah macam rumah belon dalam citer Up! gamaknye
Quote dua_chzy 4-9-2025 09:26 AM
Nah. Generasi weols dulu ada Rahim Maarof. Takat Aedy ni idok la nak dibandingkan dengan he.
Quote Itzy 4-9-2025 04:51 PM
heythere123: keli makin lama nampak makin b ...

Aku tengok makin hensem ja budak ni berbanding sebelum ni
Quote kaedahnya 5-9-2025 05:43 AM
Rambut dulu lagi panjang laa.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.080145 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top