|
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberi amaran kepada dua pelakon yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh bercumbuan ketika mengambil di sebuah photobooth di sebuah pusat beli belah. Memetik mStar Online, Zed memberi peringatan bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada pasangan berkenaan jika mereka mengulangi perbuatan tersebut. Sementara itu, Zed turut mengingatkan bahawa segala tindakan sebagai selebriti pasti akan diperhatian ditambah pula di dunia media sosial. “Ini adalah amaran kepada artis baharu yang kejutan budaya dengan populariti. Saya ingatkan supaya kamu berhati-hati dengan tindak tanduk yang dilakukan sebab kita (selebriti) diperhatikan semua pihak. “Kepada mereka yang bercumbuan itu, janganlah busukkan nama industri. Kalau nak buat lagi, terus kahwin sahaja lah. Jangan buat orang pandang industri kita ini negatif.
“Untuk tindakan, perkara ini masih belum lagi berbangkit. Jadi, saya bagi amaran dahulu kepada mereka sebagai peringatan. Kalau berulang lagi, baru saya pertimbangkan untuk ambil tindakan yang lebih berat,” katanya. Difahamkan, gambar tersebut dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam memperlihatkan kedua pelakon itu mesra berpelukan serta bercium di bahagian pipi dan mulut. Sumber: mStar Online, Rotikaya |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-5-2026 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.128951 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.