CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Vietnam goyang 18 pemain kacukan Harimau Malaya

10-6-2025 07:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 319| Komen: 1

 


KUALA LUMPUR – Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik menganggap pertemuan menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sebagai aksi ‘hidup mati’ buat pasukan dalam misi layak ke pentas Piala Asia 2027.

Meskipun baru memasuki aksi kedua Kumpulan F, Sang-sik beranggapan pasukannya perlu meraih keputusan positif dan tidak lagi terbuai dengan rekod pertemuan yang cemerlang ketika bertemu Harimau Malaya sebelum ini.

Katanya, semua pemain perlu berikan tumpuan penuh memandangkan tuan rumah ketika ini berwajah baharu dengan kehadiran ramai pemain berdarah warisan dari luar negara.

“Ini adalah perlawanan sukar buat kami dan boleh dianggap antara yang paling penting jika mahu layak ke Piala Asia 2027.

“Saya rasa sukar untuk barisan kejurulatihan melakukan analisis kerana Malaysia ada lima bintang warisan baharu dan 18 pemain kacukan secara keseluruhan.


“Namun, saya percaya jika bermain sebagai satu unit, kita mampu melakar keputusan positif dan saya tidak mahu ada sebarang perasaan tertekan dalam kalangan pasukan,” katanya.

Kapten skuad Naga Emas, Do Duy Manh percaya misi untuk melakar kemenangan tampak sukar kerana prestasi Harimau Malaya semakin meningkat di bawah revolusi kendalian Peter Cklamovski.

Jelasnya, kedua-dua pasukan berpotensi untuk menang, seri atau kalah kerana tiada jaminan ada pasukan yang boleh mendominasi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Saya jangka perlawanan kali ini sukar dan jika dibezakan dengan final Piala AFF 2018, mereka ada barisan kejurulatihan baharu dan kehadiran ramai pemain warisan berkualiti,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-6-2025 08:00 AM
Tergeliat lah lidah pengulas Vietnam nak sebut nama pemain harimau malaya nanti. Boleh lah Vietnam fefeeling copa America

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033378 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top