CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Beliau akan berdepan akibat yang sangat serius jika berbuat sedemikian,” - Amaran Trump buat Elon Musk

9-6-2025 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 612| Komen: 2


 


WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran kepada bilionair, Elon Musk bahawa beliau berdepan akibat yang serius sekiranya menyokong calon Parti Demokrat, lapor akhbar The Sun UK. 

Kenyataan itu dibuat selepas Musk memadamkan hantaran di platform X yang mendakwa bahawa nama Trump berada dalam fail ‘bapa ayam kelas atasan’ milik suspek kes pemerdagangan seks, mendiang Jeffrey Epstein.  

“@RealDonaldTrump ada dalam fail Epstein. Itulah sebab sebenar mereka tidak didedahkan kepada umum,” tulis Musk di X. 

Tidak lama selepas Musk memuat naik hantaran itu, Trump memberi amaran bahawa beliau akan bertindak balas sekiranya taikun teknologi tersebut menyokong calon Demokrat yang menentang rang undang-undang dan perbelanjaan kerajaan. 

“Beliau akan berdepan akibat yang sangat serius jika berbuat sedemikian,” kata Trump kepada stesen penyiaran NBC News. 


Musk dan Trump saling melemparkan penghinaan secara terbuka sejak Khamis lalu selepas beberapa bulan bekerjasama rapat. 

Dalam temu bual yang sama, Trump ditanya mengenai sama ada beliau berhasrat untuk berdamai dengan Musk. 

“Maksud anda lelaki yang tidak waras itu? Saya tidak berniat untuk bercakap dengannya,” katanya. 

Sementara itu, Musk memberi bayangan akan melancarkan parti politik baharu ketika perang mulutnya tercetus dengan Trump sebelum bersetuju dengan cadangan pengikut-pengikutnya untuk menamakan parti itu sebagai Parti Amerika. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 9-6-2025 02:30 PM
dgn amal clooney pun heols goyang. apehal lah atok rambut merah ni.
Quote rastaf 9-6-2025 04:34 PM
atok ni mmg lunatic

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.028323 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top