Penyanyi Korea Selatan, Kang Daesung mencuit hati peminat-peminatnya apabila beliau berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Menerusi hantaran di platform TikTok milik @Gokpop_ Daesung dilihat mengucapkan beberapa perkataan dalam bahasa Melayu seperti ‘dah makan?’ dan ‘Malaysia ‘fans’ memang mantap’. Pada penutup konsert, beliau telah mengakhirkannya dengan mengatakan ‘Terima kasih, sayang korang.” Menjengah ke ruangan komen, netizen telah menyatakan keterujaan mereka melalui pelbagai reaksi. “Siapa yang ajar dia? Tak kekok langsung dia cakap. Nampak ‘natural’,” komen @Nuyinnnnn00_ “Pandainya oppa Daesung cakap Melayu,” – ujar @Shiradeen “Seronok tengok ‘k-idols’ yang bersungguh nak hiburkan ‘fans’ ni”-@Aznfsns
Sumber – KOSMO! ONLINE |
BoongaKertas replied at 9-6-2025 02:31 PM
iols rasa heols sejenis cpt catch up if involves language. haritu tgk kat fyp ig, heols sng jer bljr ...
sphinx replied at 10-6-2025 07:19 AM
kannn...siap ended up dia yg ngajar Lisa balik walaupun tongue twister tue bahasa Thai
tp io ...
ADVERTISEMENT