CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayob Khan diarah perjelas larangan dikenakan ke atas Fahmi Reza - PMO

8-6-2025 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1324| Komen: 20

 


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay diarahkan untuk menyemak isu larangan ke luar negara dikenakan ke atas aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

"Polis Diraja Malaysia perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

"Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya," katanya.

 


Semalam, Fahmi menerusi entri di Facebooknya memaklumkan dilarang keluar negara untuk menghadiri konsert di Singapura menerusi penerbangan dijadualkan berlepas pada jam 9.35 pagi.

Fahmi ditahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa dan diminta duduk di pejabat pihak berkuasa berkenaan sementara pegawai membuat semakan dengan 'Travel Control Office/Order' (TCO), selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada jam 7.30 pagi semalam.

Hasil semakan mendapati, Fahmi dilarang ke luar negara atas arahan Bukit Aman dengan alasan tindakan berkenaan tidak dimaklumkan.

Fahmi turut memaklumkan larang ke luar negara itu dikenakan ke atasnya, seminggu selepas dilarang masuk ke Sabah susulan lukisan mengkritik Yang di-Pertua Sabah, Tun Musa Aman.

Sumber – BH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bebzee 9-6-2025 07:23 AM
Ni info x btl. Dia bkn ada travel ban pun. Dia dlm TCO list, so kena red-flag alert je. Tu yg kna tahan dan check kt airport, tp xde ban rasmi. Dia msuk list tu sbb ada kes aktif.. lukisan kontro dan aktivisme kt public prop. Kes tu still jln, so nk pntau dia je klu nk soal siasat
Quote Bebzee 9-6-2025 07:25 AM
Buat isu besar sgt pdhl prosedur tu mmg biasa je. Xyah la nk kecoh2
Quote prince_marhaen 9-6-2025 08:41 AM
Takde tahan, dia kena check TSO je, lepas tu terlepas flight sebab lambat sediakan salinan dokumen (gi fotostat passport)... terlepas waktu masuk gate. Yang kat Sabah tu memang YDP Sabah tak bagi masuk sebab dia buat karikatur pasal YDP Sabah.. hahaha drama la ponen punk ni..
Quote ninja boy 9-6-2025 10:41 AM
Nnt terlepas oversea abis conteng sana sini burukkan malaysia
Quote Prickford 9-6-2025 10:55 AM
prince_marhaen replied at 9-6-2025 12:41 AM
Takde tahan, dia kena check TSO je, lepas tu terlepas flight sebab lambat sediakan salinan dokumen ( ...

Iyooo. Disebabkan ban masuk Sabah tu, otak heshe tak boleh nak pikir dengan waras. Sebenarnya heshe dibenci oleh poitician. Heshe kan jenis bergaduh mcm budak2 pakai tuliasan/lukisan. Tak koserrr orang nak layan heshe. Dia usik orang kemain. Bila dia kena merentan mcm nak mati pucuk.
Quote anggeriklatifah 9-6-2025 10:58 AM
Dia ni takde kerja ke dari dulu..
Semua kerajaan dia carik pasal
Boleh suarakan pendapat
Tapi jangan melebih2
Cam takde kerja budak..tak silap budak ni budak pandai si fahmi ni...dpt tajaan blaja luar negara dulu
Quote terma2nkondisi2 9-6-2025 11:11 AM
Senang Kau Cakap Tiada Sekatan, Jumpa di Mahkamah - Fahmi

[youtube]Xo2zW6Lwz5Q?si=WiEQ4jQlh_SRhrfF[/youtube]
Quote terma2nkondisi2 9-6-2025 11:53 AM
"fahmi berkata pejabat perdana menteri dan ketua polis negara sekadar saling menuding jari tanpa ada pihak yang tampil bertanggungjawab" - kinitv

[youtube]4PI3KQGtJg0?si=p4wf3vhtIfxkVZ8c[/youtube]
Quote cikdot 9-6-2025 12:11 PM
lahh kisahnya terlepas flight je la. dah tau banyak kes, check la immi travel status tu. datang awal prepare apa yg patut. ko lambert sampai tertinggal flight drama sampai PMX kena masuk campur. kekdahnya..
Quote prince_marhaen 9-6-2025 12:44 PM
anggeriklatifah replied at 9-6-2025 10:58 AM
Dia ni takde kerja ke dari dulu..
Semua kerajaan dia carik pasal
Boleh suarakan pendapat

"kerja"dia ialah buat provokasi & macam distract apa-apa current issues dalam politik negara, kalau tak, takkan lepas bebas macam tu je turun naik court macam masuk office, sah-sah ada yang 'jaga'tak kira side gomen or pembangkang, kira sapu dua2 job lah.
dia yang lukis muka badut Najib & Kak ROs tu..

And dia bukan budak, dah tua dah, beruban2 dah muka tua, jenis acah2 punk-punk reformasi, zaman2 reformasi guling2 kat jalan dulu, jenis siapa memerintah semua dia komplen.. hahaha.
Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:32 PM
Bebzee replied at 9-6-2025 07:23 AM
Ni info x btl. Dia bkn ada travel ban pun. Dia dlm TCO list, so kena red-flag alert je. Tu yg kna ta ...

TCO ni apa? Means can happen to anybody ka?

Quote Decaffeinated 9-6-2025 01:34 PM
cikdot replied at 9-6-2025 12:11 PM
lahh kisahnya terlepas flight je la. dah tau banyak kes, check la immi travel status tu. datang awal ...

Check with whom? How to check?

Quote terma2nkondisi2 9-6-2025 02:51 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 9-6-2025 02:58 PM

lucu pasal fahmi reza ni sbb dulu walanon2 anggap dia satu geng pasal reformasi la menentang kerajaan la kebebasan bersuara la

sekarang ni walanon2 tiaw kaw2 si fahmi reza ni

yg lagi kelakarnya.. walanon2 dah senyap je pasal musa aman sekarang ni

---

suatu ketika dulu


gambar kiri: fahmi fadzil, fahmi reza dan mp bangi, syahredzan johan semasa bersih5

https://harapandaily.com/2024/12/21/fahmi-fadzil-tinggalkan-emoji-pada-gambar-fahmi-reza/
Quote terma2nkondisi2 9-6-2025 02:57 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 9-6-2025 02:59 PM

suatu ketika dulu.. 14 tahun dulu

The Fairly Current Show #110 - Fahmi Reza

[youtube]Lz6kXVCdeQM?si=KqW-AfFjKSzixPZ6[/youtube]
Quote haruslah 9-6-2025 09:46 PM
Hasil semakan mendapati, Fahmi dilarang ke luar negara atas arahan Bukit Aman dengan alasan tindakan berkenaan tidak dimaklumkan.


So ni tak betul la ek?
Quote rikiruj 9-6-2025 09:56 PM
Kekadang pegawai bawahan ni pun tersepit bila benda tak clear dan depa go for worst case je... tapi yang ni salah orang, kena pulak orang yang boleh buat bising, kalau orang biasa memang sendu terima je la..
Quote B40tastePosh 9-6-2025 11:04 PM
Parents dia asal Kuala Selangor.

Bangga aku orang Sabak Bernam dan Kuala Selangor ramai hebat hebat.
Quote mrseller 10-6-2025 04:56 AM
Dia ada prinsip dan, sapa tak betul dia tibai..friend or foe. Bukan vokal tapi melalui seni karikaur dia. Dia lagi berintegriti dari paria tua dan ahsoo bershit
Quote clueless_gamer 10-6-2025 08:37 AM
political correctness in action..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038975 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.