CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya sudah berjanji’ – Niat haji Aeril tak kesampaian

8-6-2025 12:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1238| Komen: 8

 


KALA langit Zulhijah semakin ranum dan laungan takbir membelah angkasa, semua itu mengundang air mata para perindu Baitullah.

Di sebalik gema doa dan linangan rindu, jutaan insan bertuah kini menadah kesyukuran Tanah Suci, menyambut panggilan agung Ilahi sebagai ‘dhuyufurrahman’.

Bulan ini, dunia juga lambakan jutaan wajah hamba Allah mempersiapkan diri masing-masing dengan pakaian ihram meninggalkan dunia buat seketika demi menjulang syahdu ibadah haji.

Rezeki besar tersebut bukan hanya diukur dengan wang ringgit, tetapi juga kesediaan hati, kelapangan masa dan keizinan Ilahi.

Namun, tidak semua hamba mendapat rezeki yang sama. Ada jiwa yang sudah lama menyimpan niat, namun jasad masih terkunci, terikat dengan amanah, masa dan kesibukan dunia.


Begitulah takdir insan seni bernama Aeril Zafrel, yang terpaksa akur apabila hasrat untuk menjadi tetamu Allah terpaksa ditangguhkan.

“Tahun ini, itulah saya rancang nak pergi (haji), namun apa yang kita rancang semua tak jadi. Bila saya fikirkan, itulah rezeki belum datang.

“Tapi ini bukan soal kewangan sebaliknya banyak jadual yang saya tak boleh nak ditangguhkan. Saya sudah berjanji dengan orang, jadi kena tunaikan,” katanya kepada HibGlam.

Pun begitu, bapa tiga anak itu tidak menyalahkan takdir malah dia melihat semua halangan itu sebagai tanda belum sampai waktunya.

Benar bagai dikata, andai mempunyai sumber kewangan yang kukuh pun, jika belum waktunya, pasti impian mengerjakan rukun Islam kelima itu tidak dapat dilaksanakan.

“Saya tidak nafikan untuk tempoh ini, saya memang terlalu sibuk. Contohnya saya terikat dengan jadual promosi yang perlu dilakukan secara berkumpulan serta menyelesaikan beberapa projek lain.

“Jadi saya risau kalau saya pergi juga buat haji, banyak benda yang saya tak boleh nak beri komitmen kerana kebanyakannya membabitkan ramai pihak.

“Saya tidak boleh pentingkan diri sendiri, apapun saya memang sentiasa pasang niat untuk ke sana. Mungkin insya-Allah tahun depan, atau dua tahun lagi,” jelasnya.

Tambah pelakon Abnormal Buas itu, ibadah haji bukan sekadar tuntutan agama bagi yang berkemampuan tetapi perjalanan jiwa mahu disempurnakan bersama pasangannya, pelakon Wawa Zainal.

“Kami pernah mengerjakan umrah, jadi hasrat menunaikan haji itu membara. Tapi saya reda memang tiada rezeki tahun ini.

“Kalau nak pergi pun, memang kami kena pergi berdua.

“Tak mahulah pergi berasingan. Mestilah kami nak menunaikan ibadah tersebut bersama-sama,” tutupnya.

Dalam diam, dia terus memupuk doa agar kelak, panggilan itu hadir dengan sempurna, dalam waktu yang paling tepat.

Dalam perkembangan lain, Aeril kini sibuk menggalas dua peranan, pelakon dan penerbit untuk dua buah filem.

Filem terbaharu dibintanginya berjudul Laknat merupakan sebuah naskhah seram sudah pun menghantui pawagam sejak 5 Jun lalu.

Naskhah tersebut turut dibintangi Puteri Balqis, Jalil Hamid, Noorkhiriah dan Mila Mohsin arahan Saw Teong Hin

Tidak cukup dengan itu, anak jati Johor itu turut melakar sejarah peribadi apabila bergelar penerbit eksekutif menerusi Klepet, sebuah filem komikal hasil gabungan unik antara dunia komik dan filem.

Projek berani tersebut merupakan kolaborasi bersama komik terkenal Under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz, sekali gus bakal menyuntik warna baharu dalam industri perfileman tempatan.

Menurut Aeril, naskhah tersebut juga mendapat kerjasama studio Respected Citizen yang menggabungkan sentuhan visual, gaya bercerita dan elemen sinematik dalam satu persembahan penuh kejutan.

Filem tersebut dibarisi pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen serta diarahkan oleh Indra Putra.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-6-2025 12:33 AM
Ah,
Banyak la kau.
Quote noor2 8-6-2025 08:12 AM
Laki bini ni antara pasangan yg cantik dan hensem..sepadan..
Quote uda 8-6-2025 02:55 PM
Ala... alasan je dan memang belum rezeki dapat jemputan Allah.

Ramai je orang yang sibuk and pergi dalam 7 - 10 hari. Buat perkara yang wajib je. Takkan lah sampai boleh 'kiamat'' kalau takda 7 hari.

Anyway, nampak aeril ni macam bangla versi putih. Serabai betul tenguk jambang  dia.
Quote bungarose 8-6-2025 06:05 PM
Haji dan umrah adalah panggilan dr Allah
Bukan kire busy ker, ader banyak duit ker, dah ready ker..niatler betul² lillahitaAlla
Quote lasagna 9-6-2025 11:08 AM
bungarose replied at 8-6-2025 06:05 PM
Haji dan umrah adalah panggilan dr Allah
Bukan kire busy ker, ader banyak duit ker, dah ready ker..n ...

betul tu.. stuju stuju stuju..
jemputan dari Allah ni, kalau dia kata ya, ya lah..
so dpt laa jadi tetamu Allah..
Quote BungaKencana 9-6-2025 05:05 PM
bungarose replied at 8-6-2025 06:05 PM
Haji dan umrah adalah panggilan dr Allah
Bukan kire busy ker, ader banyak duit ker, dah ready ker..n ...

setuju!
Quote Zeelalala 9-6-2025 10:28 PM
Alaaaahhhhh....ko ngaku je duit x cukup
Quote nisako 10-6-2025 09:13 AM
jambang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.028850 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top