CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk solat sunat Aidiladha dalam kebun berlatarkan pemandangan gunung berapi

7-6-2025 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1217| Komen: 14

 


JAKARTA – Penduduk di wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai apabila menunaikan solat sunat Aidiladha di kawasan kebun berlatarkan pemandangan gunung berapi, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Wonosobo dalam daerah Garung semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sttevannzz menunjukkan warga setempat khusyuk menunaikan solat Aidiladha secara berjemaah di celah-celah tanaman. 

Ada antara mereka sanggup melaksanakan solat di atas tanah lembab.

Bahkan, jemaah solat juga bercampur saf lelaki dan wanita. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Banyak lagi tempat yang selesa,” kata seorang netizen. 

“Malu negara luar tengok,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 8-6-2025 01:11 AM
solat sunat aidiladha berjemaah..

lelaki perempuan satu saf??? huh??????

Quote angio 8-6-2025 07:09 AM
apa nak heran, kat masjidil haram pun dorang buat mcm tu. Entah lah mazhab apa dorang ikut
Quote sapeka 8-6-2025 07:53 AM
Nak jadi terpaling
Nnt boleh claim
Quote noor2 8-6-2025 08:16 AM
Celaka  betul merosakkan agama islam...solat kiblat entah kemana, campur2 laki perempuan..elok seluruh rakyat yg melakukan ni terhapus dari bumi
Quote Skuau 8-6-2025 09:26 AM
MSIA kalah...Indon menang lg.
Quote alana94 8-6-2025 04:51 PM
yg bukan2 je konoha ni
Quote hyie 8-6-2025 08:39 PM
ekceli indonesia diorang mazhab apa ye? indon kat tempat kerja iols ni kan, dia kata diorang boleh je jamak solat masa maghrib atau isyak (uat solat zohor asar masa lepas balik rumah time maghrib atau isyak). Motif? Ke iols yang tak faham dia cakap apa, entahlah. Tapi dia kerja housekeeping so macam malas nak mandi bersih2kan badan untuk solat kejap. Padehal boleh je buat. So meols speku heshe malas solat. Cumanya kengkadang tu, bila berbual, dia ada je sebut solat kat rumah, baik laki baik pompuan. Eee tak paham kot..
Quote B40tastePosh 8-6-2025 09:09 PM
Kiblat @nusaraya Gunung Mahamerry
Quote ninja boy 8-6-2025 09:26 PM
Edited by ninja boy at 8-6-2025 09:28 PM

Solat aidiladha mekah pun lebih kurang kot, ramai org x aware imam solat sunat aidiladha, terus org ramai kelamkabut buat saf dan solat, dgn org ramai masih tawaf, dgn laki perempuan area solat tah ke mana asal boleh
Quote prince_marhaen 9-6-2025 09:04 AM
KOnoha, sedangkan gi mekah ikut terowong gua... hahahaha
Quote Decaffeinated 11-6-2025 03:24 PM
hyie replied at 8-6-2025 08:39 PM
ekceli indonesia diorang mazhab apa ye? indon kat tempat kerja iols ni kan, dia kata diorang boleh j ...

Sama ja macam Malaysia. UAS tu melayu Riau kot siap berpantun2 dalam ceramah.

Indon yang ko sembang tu makcik cleaner ka? mungkin dia nak cakap qadha tapi ko tak faham.

Quote lipans 11-6-2025 04:40 PM
mungkin musafir setiap hari.
Quote jari10 11-6-2025 09:18 PM
ninja boy replied at 8-6-2025 09:26 PM
Solat aidiladha mekah pun lebih kurang kot, ramai org x aware imam solat sunat aidiladha, terus org  ...

Kalau tak dibenarkan tawaf ketika yg lain sdg solat sunat Aidiladha, sudah tentulah polis/tentera al-Haram akan memberhentikan segera pergerakan tawaf itu. Pernah tengok solat sunat Taraweh di Masjidil Haram? Sebahagiannya stay tawaf atau semuanya solat taraweh?? Solat FARDU je semua jemaah akan berhenti tawaf di dataran mataf tu
Quote sharlenetexas 11-6-2025 09:46 PM
Close to nature.


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.091885 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top