CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Jamumall cerai, rujuk semula dalam tempoh 24 jam

10-5-2025 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 901| Komen: 7

 


Pempengaruh Siti Jamumall mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bercerai dengan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, atau dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, dua minggu lalu.

Siti, 26, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin bagaimanapun mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh 24 jam.

Pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 6 Mei lalu.

“Selepas lafaz cerai berlaku, kami sudah rujuk semula. Disebabkan saya kini hamil lima bulan, mungkin juga emosi terbawa-bawa sehingga berlakunya perceraian itu. Saya anggap ini adalah ujian perkahwinan dengan suami.

“Saya minta maaf dan akui silap saya pada suami. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan berdoa semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Mungkin apa yang berlaku ini juga sebagai satu cara agar kami refleksi diri dan proses lebih mengenali,” katanya.


Siti berkata, dia berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

“Terlalu ramai yang bertanya dan komen. Jadi, dengan kenyataan ini saya berharap segalanya sudah jelas serta tidak wujud sebarang spekulasi.

“Saya dan suami cuba belajar daripada kesilapan dan lakukan sehabis baik selepas ini. Apa yang sudah terjadi, biarlah berlalu. Kami mahu buka buku baru. Saya reda,” katanya.

Terdahulu, Siti dan Aiman bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.

Sebelumnya, Siti pernah berkahwin namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3. 

Sumber — KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote downiey 10-5-2025 11:05 AM
retis ke,,,
Quote akies 10-5-2025 11:09 AM
Sampah betul lately cite psl founder2 kt msia ni.
Aritu kieda.
Quote scarflicious 10-5-2025 11:37 AM
napa nikah kat thai. ?
Quote aina_shaira 10-5-2025 12:02 PM
Dia ni yang kes tertukar bayi tu kan. Lawa gak lah dia ni. Pastu tiktok dia kena banned ke apa entah dengan tiktok. Aku lah terikuti kejap, aku pelik lah awat laki dia muka tertukar kejap lain, pastu lain rupanya dah berpisah.. Kira laku gak dia ni senang move on dan cari laki baru..
Quote aina_shaira 10-5-2025 12:04 PM
Ish takde apsal lah board gossip Sekarang makin level low class. Gossip pulak epal, pasal founder entah sapa sapa. Dulu board gossip jauh lebih classy ade spy dalam kalangan forumers spill tea very juicy. Sekarang alahai gosip semua dari media sosial orang tu sendiri post sendiri create ke apa ni....
Quote sharlenetexas 10-5-2025 09:45 PM
Who ayus? Why you are here?

Quote sharlenetexas 10-5-2025 09:46 PM
aina_shaira replied at 10-5-2025 12:04 PM
Ish takde apsal lah board gossip Sekarang makin level low class. Gossip pulak epal, pasal founder en ...

Nak spill teh ada yg ugut hantar LOD



Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.306361 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top