CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saham syarikat pesawat China naik selepas senjatanya tembak pesawat India

10-5-2025 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 429| Komen: 5

 


BEIJING – Konflik bersenjata yang semakin meruncing antara India dan Pakistan yang kini dilihat sebagai medan ujian sebenar pertama terhadap keupayaan teknologi ketenteraan China dalam pertempuran sebenar, mencetuskan kebangkitan mendadak saham syarikat pertahanan negara itu.

Saham syarikat pembuat pesawat tempur China, AVIC Chengdu Aircraft, melonjak 40 peratus minggu ini selepas Pakistan mendakwa menggunakan jet pejuang J-10C buatan syarikat itu untuk menembak jatuh beberapa pesawat tempur India termasuk jet Rafale keluaran Perancis dalam pertempuran udara Rabu lalu.

India sehingga kini belum memberi sebarang pengesahan mengenai kehilangan jet atau memberikan sebarang maklum balas terhadap dakwaan Pakistan.

Namun begitu, sebagai pembekal utama senjata kepada Islamabad, China dipercayai memantau rapat prestasi sistem senjatanya dalam konflik yang dilihat oleh pemerhati antarabangsa sebagai pertembungan tidak langsung antara teknologi Barat dan China.


“Konflik ini bukan lagi sekadar isu dua hala, tetapi kini menjadi gambaran bagaimana eksport pertahanan China mengubah keseimbangan kuasa serantau,” kata Craig Singleton dari Yayasan untuk Pertahanan Demokrasi, Amerika Syarikat.

Sejak lima tahun lalu, China telah membekalkan 81 peratus keperluan senjata Pakistan termasuk jet pejuang, peluru berpandu, radar dan sistem pertahanan udara. Banyak daripadanya turut dibangunkan bersama atau menggunakan kepakaran teknologi China.

Menurut data Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Pakistan kini menjadi pengguna utama senjata buatan China, khususnya selepas Amerika Syarikat menggantung bantuan ketenteraan susulan dakwaan bahawa Islamabad tidak cukup komited memerangi pengganas dan isu program nuklearnya.

“China mengambil peluang daripada kekosongan yang ditinggalkan Amerika Syarikat dan tampil sebagai satu-satunya sekutu sejati Pakistan,” kata Siemon Wezeman, penyelidik kanan di SIPRI.
 
Pertempuran udara yang berlangsung selama sejam itu melibatkan kira-kira 125 pesawat dan dikatakan sebagai ‘pertarungan udara paling sengit antara dua kuasa nuklear’ dalam sejarah moden.

Pakistan mendakwa berjaya menembak jatuh lima jet India termasuk tiga Rafale, satu MiG-29 dan satu Su-30 dengan menggunakan J-10C yang dilengkapi peluru berpandu udara berjarak jauh PL-15.

Sumber dari Kementerian Pertahanan Perancis turut mengesahkan sekurang-kurangnya satu jet Rafale India musnah dalam pertempuran, sekali gus memberi kelebihan imej kepada keupayaan teknologi China.

“Jika benar dakwaan itu, ia akan menjadi dorongan besar kepada eksport senjata China dan meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan mereka,” kata Kolonel Kanan (Bersara) Zhou Bo dari Universiti Tsinghua.

Sebaliknya, sesetengah penganalisis memberi amaran bahawa kekalahan India mungkin berpunca daripada kelemahan taktikal dan bukannya semata-mata keunggulan teknologi lawan.

“Keupayaan jet pejuang hanyalah sebahagian daripada keseluruhan sistem peperangan moden yang turut melibatkan strategi, koordinasi dan integrasi maklumat,” ujar Singleton.

Ketika saham AVIC Chengdu terus melonjak di pasaran Shenzhen, penganalisis menjangkakan permintaan terhadap senjata China akan meningkat, terutama dari negara di Asia Barat dan Afrika Utara yang menghadapi sekatan akses terhadap teknologi Barat.

“China sudah mula menembusi pasaran yang dahulunya dikuasai Rusia, khususnya negara seperti Algeria, Mesir, Iraq dan Sudan,” kata Bilal Khan, pengasas firma analisis pertahanan Quwa Group yang berpangkalan di Toronto.

Walaupun begitu, serangan peluru berpandu India ke atas beberapa sasaran di Pakistan termasuk infrastruktur militan di Kashmir turut berjaya menembusi pertahanan udara Pakistan yang menggunakan sistem buatan China seperti HQ-9B.

Kejayaan itu sedikit sebanyak menjejaskan persepsi terhadap kekebalan sistem pertahanan buatan China.

“Jika radar atau peluru berpandu China gagal mengesan atau menangkis serangan India, ia akan menjadi imej negatif terhadap kredibiliti senjata China di pasaran antarabangsa,” jelas penganalisis keselamatan dari London, Sajjan Gohel. - Agensi

Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-5-2025 12:52 PM
Edited by Skuau at 10-5-2025 11:34 PM

patutla ada orang suka berperang...saham naik...ckp lu...
Quote namemysoul 10-5-2025 03:51 PM
Hmmm....rusia x marah ke geng sndri caras...

Tp, cam best jer tgk 2 ketoi burung tuh main2 dlm awan td...hehehehe
Quote B40tastePosh 11-5-2025 08:36 AM
Bila saham Destini nak naik

Quote B40tastePosh 11-5-2025 08:37 AM
Siapa je penyokong USA di Asia Selatan selain India
Quote Dwdrum 11-5-2025 08:40 AM
Edited by Dwdrum at 10-5-2025 04:42 PM

Ada saja yang akan cari USA... Nanti ter sepit dengan china sea/ocean/territorial disputes... Or other opt kiss bontot china.. LOL
Sudah berlaku sekarang tidak percaya... Tanya anwar ibrahim

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.176421 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top