CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noorkhiriah kaku ketika sampai kubur, air mata tak henti mengalir jadi jenazah masuk liang lahad

10-5-2025 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 606| Komen: 12|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-09 235422.png


BAGI membuktikan kredibiliti sebagai seorang pelakon, pelakon Noorkhiriah memberanikan diri masuk ke dalam liang lahad menjayakan babak kematian dalam drama Seribu Tahun.

Membawakan watak Nor, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 47, berkata dia sendiri yang meminta melakukan babak tersebut tanpa menggunakan pelakon ganti.

"Saya minta Ezad (pengarah) nak masuk liang lahad, lepas itu saya lupa. Gementar ditambah dengan 'blur'.

"Sampai di kubur saya kaku, air mata tak berhenti," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Screenshot 2025-05-09 235440.png


Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman sebalik tabir salah satu babak dalam episod drama berkenaan.

Babak tersebut memaparkan dia dikafankan seperti jenazah sebelum dikebumikan di lokasi tanah perkuburan sebenar.

Khiriah juga dilihat menangis ketika penggambaran dijalankan sambil dibantu oleh kru produksi yang membantunya masuk dan baring di dalam lahad.

Menganggap ini satu pengalaman yang cukup bermakan, Khiriah turut memuji pengarahnya iaitu Shahrulezad Mohameddin kerana membawakan satu cerita yang banyak memberikan pengajaran.

Screenshot 2025-05-09 235517.png

"Momen ini sangat mahal. Mata saya jadi saksi betapa Ezad (Shahrulezad) berjuang demi Seribu Tahun. Semoga setiap ketukan Ezad menjadi saham pahala.

"Kepada yang memberi komen, percayalah watak Nor atas izin Allah," jelasnya.

Kesungguhan Khiriah ini juga mendapat pujian ramai penonton yang kagum melihat dia memberi sepenuh komitmen terhadap watak Nor.

Selain Khiriah, drama ini turut menampilkan Azhan Rani dan Emma Maembong sebagai pelakn utama.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 10-5-2025 10:16 AM
Laki -nasir bilal khan
Perempuan -nurkhairiah
Quote I.K.A888990 10-5-2025 07:54 PM
maybe aku je la kot tak de feel tgk lakonan dia dlm seribu tahun..entah knp bosan scene dia lakibini..
Quote noxnox 10-5-2025 08:00 PM
minah ni terlalu over acting. cringe.to.the.max
Quote Denco 10-5-2025 08:12 PM
I.K.A888990 replied at 10-5-2025 07:54 PM
maybe aku je la kot tak de feel tgk lakonan dia dlm seribu tahun..entah knp bosan scene dia lakibini ...

Mmg xde feel, over sgt..
Quote kmbg 10-5-2025 09:14 PM
Sesuai la laki dia pun da bagi hadiah kain kapan kan..tapi mmg iols tak tengok drama seribu tahun tu,biasa drama dak ijat iols layan
Quote likilu 10-5-2025 09:19 PM
Kalau Nora danish better kan
Quote I.K.A888990 10-5-2025 09:56 PM
Denco replied at 10-5-2025 08:12 PM
Mmg xde feel, over sgt..

nasib ada yg sama pendapat haha
lebih kurang over acik elly je lakonannya
Quote noor2 10-5-2025 09:58 PM
Over sungguh..padahal masih berlakon ..
Quote Carcosa 10-5-2025 10:01 PM
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau babak menangis. Mcm, tak relax. Ada drama apa tah meols tgk, yg dia jadi nurse. Lepas tu dia terkasi darah HIV dkt si Nad kangkang berketinggian org kerdil tu.
Lakonan mcm musibat semua. Menekan2 beria2 menangis. Drpd nak sedih, terus meols rasa nak terajang je TV meols.
Quote Denco 11-5-2025 07:58 AM
Carcosa replied at 10-5-2025 10:01 PM
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau ...

Samalah chuols dlm drama ni, jadi lembam yg terlebih nk menjejeh² air mata laki nyanyuk sheols disondol dek ema maembong.
iol skip je part meleweh2 sweet katanya si lembam dgn si nyanyuk. Suka tngok ema dgn ida moin lagi. Rasa best plak bila ema buat babak mcm geram kat lembam.. puas hati sbb geram dgn aksi lembam melampau..lagi bila part dia menyeringai
Quote mrseller 11-5-2025 08:02 AM
Carcosa replied at 10-5-2025 10:01 PM
Dia ni dulu meols suka jah dia berlakon, sbb nmpk real. Lama2 mcm siyal pulak.
Kemain menekan2 kalau ...

Tersembur nasi lemak pak ayub waktu aku baca komen ko. Hahahahaha
Quote makita 11-5-2025 09:15 AM
Terpaling insof

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037833 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top