CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lan Solo harumkan nama negara, jadi juara tarian di Paris

10-5-2025 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2333| Komen: 25|Original author: Raline


Screenshot 2025-05-09 235702.png


ANAK kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis pada malam Khamis.

Lan atau Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, berkata, dia berbangga dengan kemenangan yang diraih Amna dan tidak menyangka anaknya itu berjaya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

Kata Lan, sejak kecil dia memberikan sokongan penuh kepada Amna yang menunjukkan minat terhadap seni tarian.

“Alhamdulillah sebagai bapa saya bangga dengan apa yang dia sudah berjaya capai kerana itu antara minatnya dari kecil.

“Asalnya dia minat tarian moden dan K-pop, bila saya nampak minatnya ke arah itu jadi saya rasa keputusan menghantarnya ke sekolah seni itu adalah pilihan tepat.

“Saya tumpang gembira juga kerana dia pada mulanya dia hanya mewakili sekolah dan kini dia membawa nama negara ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Screenshot 2025-05-09 235723.png


Dalam pada itu, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim yang kini berada di Paris bersama anak mereka turut meluahkan rasa syukur dengan kejayaan pasukan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL).

Kongsi Shiela, Amna bersama tiga lagi wakil dari SSEMKL berjaya menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia

“Anak kami mewakili negara bagi kategori tarian kuartet. Alhamdulillah pasukan mereka berjaya menjadi juara dan secara tidak langsung pasukan Malaysia memenangi hadiah utama Grand Prix.

“Seramai 64 penyertaan dari beberapa buah negara dan kategori yang dipertandingkan oleh anak saya diwakili lapan negara termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia,” ujarnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mahathirina 10-5-2025 12:01 AM
Elok la tu..  Taniyaaa..
Quote downiey 10-5-2025 11:46 AM
tahniahh
Quote Kacangmanis 10-5-2025 12:35 PM
Tahniah
Quote Prickford 10-5-2025 12:54 PM
Antara anak artis yg dibenci netizen. Huhu. Ke sebab netizen benci kat mak pak dia?
Quote sapeka 10-5-2025 02:45 PM
Tahniah
Quote pocongkiutss 10-5-2025 02:54 PM
Prickford replied at 10-5-2025 12:54 PM
Antara anak artis yg dibenci netizen. Huhu. Ke sebab netizen benci kat mak pak dia?

Ramai je peminat dia noks..yg support bisnes dia pun ramai..yg jd isu masa dia pegi kalerkan rambut anak dia blond tu jah..meols pun rasa mcm buang tebiat
Quote MarryPottet 10-5-2025 03:39 PM
Edited by MarryPottet at 10-5-2025 03:40 PM

Astaga
Sapelah yg mekapkan korang dekkk
So acik jaman dolu2 punya style mekap
Agaknya tukang mekap bawak lipstick merah menyala je sebatang then pakej tenyeh ke pipi & mata sekali selain bibir
Quote rayna_raynes 10-5-2025 05:26 PM
Prickford replied at 10-5-2025 12:54 PM
Antara anak artis yg dibenci netizen. Huhu. Ke sebab netizen benci kat mak pak dia?

Rasanya netizen takdelah benci kot. Menyampah kat mak bapaknya je
Quote JahLupa 11-5-2025 02:08 PM
Sbb mak pak mulut puaka. Anak buat apa pun buruk dimata netz.. siannn
Quote TeropongThaico 11-5-2025 04:18 PM
Tahniah


Dahhh mak bapak tu jaga mulut jaga tingkah lepas ni. Bg peluang anak2 ke depan. Kang disebabkan korg anak2 kena hambur lg
Quote Prickford 12-5-2025 08:32 AM
pocongkiutss replied at 10-5-2025 06:54 AM
Ramai je peminat dia noks..yg support bisnes dia pun ramai..yg jd isu masa dia pegi kalerkan rambu ...

Bukan tu je. Ada lagi. Paling teruk orang kecam pemakaian anak Lan. Masa deyols cuti kat Siam, iolls baca komen, beria la orang tegur anak dia. Lan pon mencapub sama lawan netizen. Opkos la, anak kan.
Quote Olumis 12-5-2025 03:32 PM
Ya auloh. Siapa yg mekap ni dik? Ingatkan orang palauh mana tadi.
Quote MsIda 12-5-2025 03:36 PM
Tahniah dik
Quote hashashes 12-5-2025 04:28 PM
Tapi kalau pergi pertandingan2 camni Kena self sponsored kan. Bukan gomen tanggung
Quote MollyShannon 12-5-2025 07:52 PM
Satu team kan. Bukan anak dia sorang.
Quote amyfaha 12-5-2025 08:11 PM
Tgk muka ko teringat perangai puaka ko laki bini.
Quote Aneem 12-5-2025 08:43 PM
Tiba2 terbaca komen, dikatakan budak ni mimi lana junior. Tak beragak netizen menyembah  punnnn.
Quote cikenit2007 12-5-2025 08:50 PM
Tahniah dik
Quote royaldanish 12-5-2025 08:53 PM
tahniah dek

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top